25 December 2025

TUNAI UMRAH - LINDA HASHIM SEBAK 'BERPISAH' DENGAN ANAK-ANAK



Menerusi perkongsian di media sosial, pelakon Linda Hashim, 41, telah memuat naik hantaran mengenai dirinya yang kini berangkat ke Makkah untuk menunaikan umrah sambil diiringi dengan linangan air mata dari tiga anaknya, Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.
Momen sedih yang dikongsikan Linda atau nama sebenarnya, Norhazlinda Hashim, itu memaparkan ketiga-tiga anaknya menangis untuk melepaskannya pergi ke Tanah Suci.

Biarpun berat, Linda yang diuji dengan isu tuntutan cerai terhadap suaminya, pelakon Beego, tetap cekal dengan misinya untuk melaksanakan haji kecil ini.

Kata Linda, pemergiannya ke Tanah Suci juga dilihat sebagai satu ikhtiar darinya untuk mencari jalan agar memudahkan urusan kem£lut rumah tangganya yang sudah setahun berjalan, namun belum bertemu kesudahan.

Selain itu, dia juga mahu mendekatkan diri kepada Allah SWT serta melakukan pembersihan jiwa dan pengh@pusan d0sa.

Pada 16 Disember lalu, Linda hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk memfailkan taklik terhadap Beego.

Bagaimanapun, Linda meluahkan rasa b£rang apabila Beego gag@l hadir ke mahkamah atas alasan kem@tian ibu saudara dan hanya diwakili peguamnya.

Hakim kemudian menetapkan sebutan k£s pada 21 Januari depan.

Terdahulu, Linda menuntut cerai daripada Beego di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 6 Februari lalu atas alasan tiada lagi persefahaman di antara mereka.

Pasangan ini pernah bercerai pada 27 Mac 2023, namun mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023, sekali gus hadir bersama ke mahkamah bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.

Linda yang mendirikan rumah tangga bersama Beego pada Jun 2013, bagaimanapun mendakwa mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: