25 December 2025

ANUAR ZAIN KONGSI KESIHATAN IBU SEMAKIN MER0SOT SEJAK BAPA 'PERGI' : "SAYA TIDAK PERNAH LIHAT JENAZAH YANG TERSENYUM NAMPAK GIGINYA" - ZIANA ZAIN : "NAK MINTA MAAF DENGAN SIAPA LAGI (RAYA NANTI)"



"Mak sudah setahun menghidap s@kit. Selepas itu kami buat rawatan dan semuanya berjalan baik. Kemudian abah pula meninggal dunia. Selepas pemergian abah, kami nampak kesihatan mak mula mer0sot.

"Kami tanya keadaan mak, dia kata okay. Tetapi selepas itu dia mula s@kit, batuk-batuk dan kelihatan semakin lemah. Keadaan itu berlarutan, jadi kami bawa mak ke hospital untuk pemeriksaan dan mendapati ada pelbagai perkara.

"Sebenarnya perjalanan hidup mak memang sudah ditentukan begitu. Ini adalah sesuatu yang perlu dilaluinya dengan izin Allah. Setiap yang berlaku ada sebabnya dan perjalanan itu sangat indah."

Demikian jelas penyanyi Anuar Zain, 55, dimana dia berkongsi detik pilu pemergian ibunya, Allahyarham Robiah Abdul yang sudah setahun menghidap kans£r hati.

Klik untuk gambar besar

Menurut Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Anuar Zain, pada awalnya arwah ibunya itu menunjukkan tanda pemulihan, namun kesihatan mula mer0sot selepas pemergian suaminya, Allahyarham Zain @ Zin Abdullah, empat bulan lalu.

Disamping itu, kongsi Anuar lagi, ibunya meninggal dunia dalam keadaan tenang tanpa kes@kitan, malah arwah juga sempat tersenyum ketika hayatnya di hujung nyawa, seolah-olah memberi bayangan bahawa dirinya sudah reda untuk pergi buat selamanya.

"Mak meninggal dunia dengan satu nafas yang tenang, cepat dan tanpa kes@kitan. Dia tersenyum. Di hospital kami nampak senyumannya dan apabila dibawa pulang ke rumah, senyumannya semakin lebar. Saya tidak pernah melihat jenazah yang tersenyum sehingga nampak giginya.

"Saya rasa mak sudah benar-benar reda. Kami selalu bisikkan kepadanya supaya tidak risau kerana anak-anak dan cucu-cucu semuanya dalam keadaan baik. Kami minta mak bertenang sahaja," tuturnya yang turut berkata, pemergian Allahyarham ibunya memberi satu pengalaman yang sangat menyentuh hati.
"Semuanya indah dan tenang. Ramai terkejut melihat wajah mak yang cantik, tersenyum manis seperti sedang tidur. Sama seperti arwah abah dahulu, melihat mak begitu membuatkan kami rasa lega dan sangat bersyukur kepada Allah SWT.

"Kita perlu sentiasa bersangka baik kepada Allah SWT. Tuhan sentiasa menyayangi kita dan Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik," ujarnya.

Untuk makluman, Allahyarham Robiah Abdul selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Elmina, Shah Alam kira-kira jam 11 pagi Khamis, disaksikan ahli keluarga terdekat dan beberapa kenalan rapat.

Sementara itu, kakak kepada Anuar yang juga penyanyi, Ziana Zain juga meluahkan rasa sedih selepas kehilangan kedua ibu bapanya dalam tempoh hampir empat bulan.
Ziana atau Siti Roziana Zain, 57, menyifatkan kehilangan kedua-dua insan tersayang dalam hidupnya memberi imp@k mendalam, terutamanya menjelang musim perayaan.

"Dalam tempoh empat bulan, kami kehilangan abah dan kemudian mak. Abah meninggal ketika Konsert Empat, mak pula ketika Konsert Sembilu. Sejujurnya, saya sendiri tidak tahu bagaimana mahu meluahkan perasaan.

"Saya hanya mohon Allah kuatkan hati saya. Aidilfitri dan Ramada tahun depan, saya langsung tidak dapat membayangkan bagaimana mahu menyambutnya tanpa mereka," katanya.

Ujar Ziana, perasaan kehilangan ibu tercinta pada malam Rabu masih suk@r digambarkan dengan kata-kata, malah fikirannya juga terasa kosong, selain turut mengakui dirinya masih belum mampu membayangkan sambutan Aidilfitri tanpa kehadiran kedua-dua ibu bapanya.
"Otak terasa kosong. Nak fikir fasal raya pun tak mampu. Nak minta maaf dengan siapa lagi? Tinggal adik-beradik sahaja. Bila sampai masanya, kita kena kuat kerana giliran kita juga akan tiba.

"Perlu masa untuk pulih. Dalam tempoh empat bulan, kehilangan dua insan tersayang bukan perkara mudah. Namun itulah cinta hati mak, sehidup sem@ti dengan abah," jelasnya.

Walaupun perasaan duk@ masih menyelubungi hati, Ziana bersama adik-beradiknya reda menerima ketentuan Ilahi atas pemergian kedua-dua ibu bapa mereka.

Tambah Ziana, dia dan adik-beradik berusaha melakukan yang terbaik dalam menjaga arwah ibu dan bapanya ketika mereka diuji dengan kes@kitan.
"Kami reda. Alhamdulillah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mak dan abah, ditempatkan bersama orang-orang beriman.

"Walaupun kini kami adik-beradik yatim piatu, kami bersyukur kerana diberi peluang menjaga mak dan abah ketika mereka s@kit.

"Kami telah lakukan yang terbaik untuk kedua-duanya. Itu membuatkan kami tidak rasa terkilan. Alhamdulillah," tuturnya.

Terdahulu, bapa kepada Ziana dan Anuar iaitu Allahyarham Zain @ Zin Abdullah, 87, dilaporkan meninggal dunia pada 3.32 petang, 26 Ogos lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: