25 December 2025

TROFI ABP BELUM DISERAHKAN KEPADA WARIS HAMDAN SENARIO - SAIFUL APEK SEDIH NIAT TIDAK KESAMPAIAN : "SAYA TIDAK PASTI TROFI ITU BERADA DENGAN SIAPA..."



"Nak serahkan trofi itu memang niat saya secara spontan apabila memberitahu anggota Senario lain untuk hadiahkan trofi itu kepada waris arwah Hamdan dan ketika itu semua cakap setuju.
"Trofi itu kami buat pusingan untuk semua orang jadi kesemua ahli senario akan merasai piala itu, tapi sehingga sekarang saya rasa macam tidak tahu sampai atau tidak trofi itu kepada keluarga arwah Hamdan.

"Saya pun tidak pasti trofi itu berada dengan siapa, malah sudah lebih tiga kali bertanya tetapi masih tidak tahu di mana trofi itu... Bukan apa sebab ini adalah amanah, jadi saya rasa macam kena tanggungjawab dengan apa yang saya usulkan ini."

Itulah ujar pelawak dan pelakon, Saiful Apek, 56, dimana dia meluahkan rasa kec£wa kerana trofi kemenangan kumpulan Senario di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36, masih belum diserahkan kepada waris arwah Hamdan Senario.

Jelas Saiful atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, niatnya mahu menyerahkan trofi tersebut sebagai tanda penghargaan terhadap arwah.

Untuk makluman, kumpulan Senario telah memenangi trofi Artis Komedi Popular di ABPBH36 pada Oktober 2024.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: