"Kalau nak tunggu yakin mungkin akan banyak bisikan yang menakutkan. Tambah pula saya sudah selesa hidup sendirian. Mr E pun sudah hidup solo selama lapan tahun.
"Masing-masing sudah rasa selesa. Tapi akhirnya, fitrah manusia di peringkat usia seperti ini mahu berteman. Jadi biarlah kami buat cara yang betul dan diredai.
"Kami bukan di dalam situasi terd£sak mencari pasangan tapi lebih kepada memikirkan jangka masa panjang untuk nak berteman dan kawan bicara di hari tua kelak."
Itulah jelas pelakon Erra Fazira, 51 dimana dia mengakui tidak mudah mengambil keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga selepas 11 tahun bergelar ibu tunggal.
Kata Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, keputusan itu dibuat bukan kerana terd£sak, sebaliknya ingin teman hidup untuk mengharungi usia mendatang.
Tuturnya lagi, apabila usia semakin meningkat, keinginan untuk mempunyai seseorang yang boleh menjadi tempat bercerita, berbincang, dan berkongsi rasa menjadi lebih kuat.
Klik untuk gambar besar
"Sebelum membuat sebarang keputusan kami telah berbincang terlebih dahulu dan apabila semuanya sudah yakin dan pasti, barulah kami berjumpa dengan keluarga masing-masing.
"Saya harap perkahwinan ini yang terbaik, terindah dan penutupnya," kata penyanyi lagu 'Jendela Hati' itu.
Dalam pada itu, Erra turut memberitahu mengenai respons anak tunggalnya, Engku Aleesya terhadap perkahwinan baharu ini, dimana dia tidak menerima sebarang halangan daripada cahaya matanya termasuk bakal anak tiri.
"Alhamdulilah kedua-dua anakanda kami sangat p0sitif dan mereka bersyukur, malah ikut sahaja perancangan kami. Tiada bant@han daripada anak-anak.
"Anak saya pun sudah berusia 16 tahun, semuanya sudah difikirkan. Jadi atas pendekatan itu kami ambil keputusan untuk bersatu," ujarnya yang turut berkata, kedua-dua belah keluarga sudah bertemu enam minggu lalu dan menghantar cincin tanda dalam satu majlis ringkas.
Sementara itu, Erra juga memaklumkan, dia dirisik secara rasmi oleh keluarga bakal suami, Ezwan Zain atau Mr E pada enam minggu lalu dan pertemuan itu membabitkan pertemuan kedua-dua belah keluarga buat kali pertama.
"Di situ ibarat merisik merangkap semuanya termasuk mengunci tarikh, lebih kurang enam minggu lalu. Bila semuanya sudah dirancang dan kami rasa semuanya okey, barulah kami satukan mereka.
"Saya tidak mahu orang tua terbabit awal-awal, tetapi akhirnya berlaku perkara yang tidak elok. Jadi bila sudah pasti, barulah kami bertemu keluarga agar tidak menyus@hkan mereka."
Bagaimanapun, Erra berkata, tidak ada lamaran yang rasmi memandangkan ini bukanlah perkahwinan pertama kedua-dua mereka.
"Saya rasa kerana kami sudah matang, tidak ada lamaran rasmi sangat. Bila berbincang tanpa tindakan, itu cuma angan-angan. Tetapi bila ada tindakan, saya nampak kes£riusan.
"Jadi ia mengalir begitu saja. Tidak ada ayat seperti, 'Awak betul nak kahwin dengan saya?'. Sebelum Aidilfitri itu fasa 'berangan'. Selepas itu, waktu itu dia beraya di kampung saya. Keluarga pun okey.
"Saya memang mahu 'lampu hijau' daripada semua. Bila semua okey, barulah kami s£rius. Kalau tidak, berangan sahajalah," tuturnya yang juga berdoa agar perkahwinan kali ketiganya ini menjadi penutup.
Sebelum ini, Erra mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Ezwan Zain atau Mr E pada 12 Disember ini.
Erra tidak dapat menahan sebak serta mengalirkan air mata ketika memaklumkan berita gembira itu.
Terdahulu, hubungan pasangan ini mula dihidu apabila Erra memuat naik ucapan berbaur romantis kepada Ezwan pada Januari lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment