"Masya-Allah TabarakAllah, Alhamdulillah 1 Disember 2025 lahirlah seorang lagi cahaya mata dalam hidup mama (panggilan Syasya) dan bapak (panggilan suami).
"Lahirlah puteri kami. Allah titipkan lagi satu amanah untuk kami jaga, sayang dan bimbing. Selamat datang ke dunia, sayang kecil mama."
Demikian tulis penyanyi Syasya Rizal, 24, menerusi sebuah hantaran di media sosial miliknya, dimana bekas anggota kumpulan Dolla itu berkongsi berita gembira dia telah selamat melahirkan bayi perempuan pada Isnin.
Klik untuk gambar besar
Dalam perkongsian itu, Syasya ada berkongsi video memaparkan suaminya, Nasrullah Mohd Sapie mendukung anak keduanya itu .
Untuk makluman, Syasya mendirikan rumah tangga dengan Nasrullah pada 20 April tahun lalu dan dikurniakan anak sulung, Mohd Yassir Hayyan yang kini berusia setahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment