02 December 2025

DR AFIFAH MAHU NUBHAN SAMA-SAMA BERITAHU ANAK-ANAK PASAL CERAI, TAK NAK JADI WATAK JAH4T : "BANYAK CAB4RAN JADI IBU TUNGGAL... SEBELUM INI ADA SOKONGAN, SEKARANG KITA PERLU LAKUKAN SEMUANYA SENDIRI"



"Walaupun kami sudah berpisah, saya masih memikul tanggungjawab besar terhadap anak-anak. Saya masih ada sokongan kuat daripada keluarga, terutamanya kerana saya masih ada ayah.

"Jadi saya rasa memang banyak cab@ran untuk menjadi seorang ibu tunggal. Tapi saya sudah banyak bersama dan bergaul dengan ramai ibu tunggal lain.

"Jadi saya rasa saya sedang belajar langkah demi langkah tentang bagaimana menguruskan keluarga sendiri. Sebelum ini kita ada sokongan daripada suami, sekarang kita perlu lakukan semuanya sendiri."

Itulah ujar bekas isteri kepada penyanyi Nubhan, 36, iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 35, dimana katanya, selepas ini tanggungawab terhadap anak-anak menjadi keutamaan, namun bersyukur ada keluarga yang memberikan sokongan.

Akui Dr Afifah atau Dr Fie, banyak cab@ran sebagai ibu tunggal apatah lagi sebelum ini ada sokongan daripada suami, namun kini perlu lakukan semua sendiri.

Sementara itu, kongsi Dr Fie, dia masih berkhidmat sebagai pengamal perubatan di sebuah klinik di Seremban dan dalam masa sama ada bekerja di luar.

Klik untuk gambar besar

"Sekarang saya masih berkhidmat di klinik saya iaitu Klinik Lantara dekat Seremban. Tak ada g@ngguan lagi setakat ini tentang klinik saya. Jadi saya masih bekerja di sana, dan dalam masa sama saya juga ada juga bekerja di luar," jelasnya.

Disamping itu, Dr Fie memaklumkan, dia mahu memberitahu anak-anak mengenai perceraian ini bersama bekas suaminya dan berhubung itu, dia berharap akan mendapat kerjasama daripada Nubhan agar lebih memudahkan tiga anak mereka yang masih kecil memahami situasi sebenar.

"Saya harap Nubhan dapat bekerjasama untuk beritahu pada anak-anak. Buat masa sekarang, saya cuma beri alasan kepada anak-anak yang abah mereka sibuk bekerja.

"Saya juga tak naklah jadi watak jah@t ketika beritahu berita buruk ini. Anak-anak memang ada bertanya mengenai abah mereka terutama anak kedua yang pernah tanya saya kenapa abah tidak balik ke rumah," katanya.

Dalam pada itu, mengulas juga mengenai keadaan ment@l dan em0si anak-anak, Dr Fie menjelaskan, setakat ini masih stabil serta tidak menunjukkan g@ngguan akib@t kem£lut perceraian berkenaaan.
"Saya ada tanya cikgu di sekolah tentang perkembangan anak-anak. Alhamdulillah tiada perubahan drastik, tiada menangis, tiada kawan ej£k, semua baik," tuturnya.

Sebelum ini, Mahkamah Rendah Syariah Sepang di sini memutuskan Nubhan dan Dr Fie sahkan bercerai talak dua yang berlaku dua kali.

Lafaz cerai pertama dilakukan Nubhan terhadap Dr Fie pada 19 Januari 2017 dan mereka rujuk semula tiga hari kemudian, manakala lafaz cerai kedua pula berlaku pada 26 Ogos lalu.

Hakim Syarie Umamuddin Yunus memutuskan demikian selepas meneliti secara terperinci, selain berpuas hati dengan fakta-fakta yang dikemukakan oleh pihak Nubhan dan Dr Afifah.

Untuk makluman, Nubhan dan Dr Fie yang juga seorang doktor gigi itu mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille, 3.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: