02 December 2025

MENANGIS GEMBIRA - ERRA FAZIRA SAHKAN BAKAL KEMBALI BERGELAR ISTERI 12 DISEMBER INI SELEPAS 11 TAHUN JADI IBU TUNGGAL



"Insya-Allah saya rasa ini berkat doa semua dengan izin Allah sekiranya tiada aral melintang pada 12 Disember bersamaan hari Jumaat.

"Saya menjemput rakan media dan semua selain mendatang mendoakan agar majlis pernikahan saya berlangsung dengan penuh keberkatan."

Demikian jelas Erra Fazira, 51, dimana penyanyi dan pelakon itu mengumumkan berita gembira bahawa dia bakal bergelar isteri sekali lagi, sekaligus mengakhiri zaman ibu tunggalnya selepas 11 tahun dengan pilihan hati yang juga usahawan, Ezwan Zain atau Mr E pada 12 Disember ini.

Erra mengumumkan berita gembira itu dengan tangisan kebahagiaan di majlis pelancaran dan tayangan perdana muzik video 'Cinta Abadi 2025' yang diadakan di The Courtyard By Marriot, di sini, pada Selasa.

Bersempena hari bersejarah itu, Erra yang juga merupakan ibu kepada seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 16, merakamkan semula lagu 'Cinta Abadi' yang pertama kali diterbitkan pada 1993.

Klik untuk gambar besar

"32 tahun usia lagu ini. Siapa sangka, ia sudah berlalu lebih tiga dekad namun setiap saat dan momen ketika merakamkan lagu ini masih saya ingat dengan terperinci.

"Rasa s£ram sejuk ketika kali pertama ke studio rakaman di Singapura masa itu. Saya masih berusia 19 tahun dan sangat gugup.

"Istimewanya, lagu ini memperkenalkan nama saya dan melonjakkan jenama Erra Fazira sebagai seorang penyanyi.

"Banyak undangan nyanyian yang datang hanya kerana lagu ini menjadi fenomena di kalangan pendengar tempatan," katanya.
Difahamkan, majlis pernikahan akan berlangsung pada 12 Disember manakala resepsi akan diadakan dua kali iaitu pada 13 Disember untuk keluarga dan resepsi kedua pada 27 Disember untuk rakan terdekat di Kuala Lumpur.

Untuk makluman, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Engku Emran Zainal Abidin pada 25 Oktober 2007, namun mereka disahkan berpisah pada 18 Februari 2014.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Engku Aleesya yang kini berusia 16 tahun.

Sebelum itu, Erra pernah berkahwin dengan penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003, namun bercerai pada 2006. Erra bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata ketika bersama Yusry.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: