Rumah tangga yang dibina penyanyi Nubhan Ahamad, 36, dan isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr Fie 35, selama 10 tahun itu kini telah pun berakhir apabila pasangan ini disahkan bercerai talak dua untuk kali kedua oleh Mahkamah Rendah Syariah Sepang di sini hari ini.
Sebelum itu, lafaz cerai pertama pasangan ini berlaku pada 19 Januari 2017 dan mereka rujuk tiga hari kemudian, manakala lafaz cerai yang kedua dilakukan Nubhan juga terhadap Dr Afifah atau Dr Fie pada 26 Ogos lalu.
Hakim Syarie Umamuddin Yunus membuat keputusan pengesahan cerai itu selepas meneliti secara terperinci, selain berpuas hati dengan fakta-fakta yang dikemukakan oleh pihak Nubhan dan Dr Afifah yang bertindak sebagai defendan.
Menurut peguam yang mewakili Nubhan selaku plaintif iaitu Mohd Redzuan Ramli, Dr Afifah dipercayai sudah selesai menjalani tempoh edah sebanyak tiga kali suci.
"Nubhan mengesahkan dua lafaz cerai di luar mahkamah dan mahkamah telah sahkan lafaz cerai pertama pada 19 Januari 2017 dan rujuk pada 21 Januari 2017. Untuk lafaz kedua cerai berlaku pada 26 Ogos 2025.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, peguam mewakili Dr Fie iaitu Datuk Akberdin berkata, pihaknya sedia untuk berunding dengan Nubhan berkaitan harta sepencarian, mutaah dan nafkah anak.
Dalam pada itu, Nubhan ketika ditemui memberitahu, dia akan fokus pada kariernya, anak-anak dan keluarga selepas ini sebagai 'chapter' baharu dalam kehidupan apabila urusan pengesahan perceraian sudah selesai.
"Sekarang fokus saya pada karier dan doakan yang baik-baik sahaja. Saya juga tiada masalah untuk berkawan dengan bekas isteri kerana anak-anak. Sekarang pun kami masih baik.
"Apapun, saya mengharapkan semua yang terbaik bagi semua pihak di atas apa yang berlaku. Malah, apa yang penting sekarang ini adalah menjaga kebajikan anak-anak dan membesarkan mereka dengan baik.
"Perkara ini (cerai) tiada siapa yang nak. Tapi saya bersyukur semua berjalan lancar dan Alhamdulillah. Doakan yang terbaik sahaja perjalanan kami seterusnya," tuturnya.
Ditanya juga mengenai urusan pembahagian harta sepencarian dengan bekas isteri, Nubhan bagaimanapun berkata, dia tidak boleh komen mengenai perkara itu lagi.
Disamping itu, peguam mewakili Nubhan memaklumkan, k£s pengesahan lafaz cerai pasangan ini dapat dijalankan secara lancar dan tiada mas@lah.
"Kedua-dua pihak sudah memberikan keterangan fakta secara ringkas yang mungkin untuk menjimatkan masa mahkamah, termasuk semua fakta-fakta sudah dipersetujui.
"K£s ini sama seperti di Mahkamah Tinggi Shah Alam baru-baru ini, tiada g@duh-g@duh, semuanya dipersetujui mengikut apa yang sudah dinyatakan," maklumnya.
Ujar Mohd Redzuan lagi, pr0siding hari ini adalah bagi mengesahkan dua lafaz cerai yang berlaku di luar mahkamah oleh pihak plaintif dan satu lafaz rujuk dan pihak-pihak sudah disahkan mahkamah bercerai kali kedua.
Untuk makluman, Nubhan dan Dr Afifah yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan sudah hidup bersama selama 10 tahun.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille, 3.
Pada 26 November lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan keputusan hak hadanah atau penjagaan tetap terhadap tiga anak diberikan kepada Dr Afifah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment