02 December 2025

RASA DIRI SEL£KEH - RAMONA ZAMZAM BERI SEMANGAT PADA FATHIA LATIFF, AJAK 'WORKOUT'



"Tiya (panggilan Fathia), jom 'workout' dengan saya? Saya akan buat bagi awak cantik balik."

Itulah kata pelakon Ramona Zamzam yang tampil memberikan kata-kata semangat kepada pelakon Fathia Latiff yang sebelum ini meluahkan rasa kurang yakin terhadap penampilannya.

Fathia atau nama sebenarnya, Nur Fatiya Abdul Latiff, 39, sebelum ini berkongsi perasaannya dengan mengakui dirinya kini tidak lagi menarik berikutan perubahan bentuk badan.

"Selekehnya saya sekarang, dengan rambut sanggul, g£mok lagi," tulisnya menerusi media sosial.

Menerusi ruangan komen, Ramona atau Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, 35, menawarkan diri untuk membantu pelakon itu mendapatkan kembali bentuk badan ideal seperti dahulu.

Klik untuk gambar besar

Komen tersebut menerima perhatian peminat yang rata-rata menyokong tindakan Ramona dan memuji semangat persahabatan antara kedua-dua pelakon itu.

Terdahulu, Fathia turut pernah meluahkan rasa rendah diri melihat perubahan wajahnya sehingga membuatkan dia tidak lagi bersemangat untuk bergaya.

Kata Fathia, orang ramai juga seolah-olah sudah tidak mengenalinya apabila berada di luar.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: