"Sesungguhnya Allah sebaik perancang, Alhamdulillah. Lapan tahun penuh keajaiban."
Demikian tulis penyanyi Indah Ruhaila, 38, menerusi media sosial, dimana dia berkongsi berita gembira dirinya bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Dalam hantaran tersebut, Indah turut berkongsi 'baby bump' yang semakin membesar namun tidak berkongsi usia kandunganya.
Bukan itu sahaja, malah Indah dan suaminya iaitu Ahmad Shariff Ahmad Taufiq, 43, terlihat gembira menantikan cahaya mata sulung mereka.
Klik untuk gambar besar
Sebelum itu, Shariff pernah mendirikan rumah tangga namun berakhir dengan perpisahan dan mempunyai dua orang cahaya mata perempuan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment