"Saya ada minta hadiah gelang daripada abah, harganya sekitar RM25,000. Saya ada lihat dalam website atas talian baru-baru ini.
"Saya mula minat gelang itu sejak beberapa minggu lalu. Gelang itu kalau nak beli kena pergi luar negara, di Malaysia tiada.
"Abah saya kaya, kacak dan menawan. Harap dia belikan saya hadiah itu," itulah tutur anak kepada usahawan sens@si, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra.
Sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-15, Qadejah telah meminta bapa menghadiahkan gelang tangan yang dianggarkan berharga RM25,000 dan hanya boleh didapati di butik luar negara.
Klik untuk gambar besar
"Sudah 15 tahun dan semakin meningkat remaja, kadang kala berada di situasi apa kita nak buat dengan usia yang masih muda. Belum juga terlalu tua untuk buat keputusan.
"Saya masih dalam fasa menemui diri sendiri, namun saya sangat bersyukur dengan kehidupan saya. Saya gembira memiliki abah dan mama yang terbaik serta adik-beradik yang begitu penyayang," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment