18 December 2025

"SAYA MAHU LEBIH SIHAT & BERPELUANG MENCUBA WATAK AKSI" - ALYA BERJAYA TURUN 15 KG DALAM TEMPOH 5 BULAN, PERNAH DITEGUR GEMUK



"Alhamdulillah, saya berjaya turunkan 15 kilogram dalam masa kira-kira lima bulan. Waktu itu saya memang tidak bekerja, banyak masa di rumah, pergi gim setiap hari, jaga pemakanan dan sertai kelas seni pertah@nan diri.
"Buat masa ini saya kurang sihat, jadi saya berhenti sekejap ke gim untuk rehatkan badan. Saya memang mahu kurus, tetapi bukan sebab tuntutan kerja.

"Sebagai pelakon, memang ada tanggapan perlu kurus, namun keinginan itu datang daripada diri sendiri. Saya mahu lebih sihat dan berpeluang mencuba watak aksi."

Itulah tutur pelakon Alya Iman, dimana dia berkongsikan dirinya berjaya menurunkan hampir 15 kilogram dalam tempoh lima bulan daripada berat asalnya 70 kilogram.

Kata Alya, dia menurunkan berat badan demi kesihatan dan atas kehendak sendiri dan sepanjang tempoh tersebut dia ke gim dan menjaga pemakanan.



Dalam pada itu, akui Alya lagi, dia juga terkilan apabila bentuk fizikalnya pernah ditegur ketika berada di set penggambaran sebelum ini.

"Ada juga orang menegur kata 'awak ini heroin, mana boleh gemuk, kenalah kurus'. Teguran itu bukan daripada seorang, malah beberapa individu dalam industri. Sudah tentu ada rasa terkil@n sebab kita pun manusia.

"Kalau hendak menegur, elok guna cara lebih baik," ujarnya yang turut berkata, mentaliti industri sepatutnya berubah kerana bakat seseorang sepatutnya menjadi ukuran berbanding saiz tubuh.

"Pernah juga masa penggambaran, ada yang berkata 'awak heroin, tengok pelakon pembantu lagi kurus daripada awak'.

"Sedangkan di luar sana ramai heroin berbadan berisi dan tetap berjaya. Mungkin sudah tiba masanya mentaliti industri berubah," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: