Semua sedia maklum mengenai pengunduran Black dan Eddie daripada kumpulan Wings, sekali gus tidak terlibat dalam Konsert Wings 40 Tahun yang berlangsung pada 28 November lalu.
Berhubung isu yang menjadi bualan ramai itu, Black dan Eddie tampil memohon maaf kepada peminat susulan keputusan mereka menarik diri daripada kumpulan legenda itu.
Jelas Black, keputusan berkenaan dibuat selepas pertimbangan panjang dan bukanlah secara terg£sa-g£sa, selain turut berkata, setiap individu mempunyai had tersendiri dalam menghadapi sesuatu situasi.
"Saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kerana menghampakan peminat-peminat Wings. Bukan saya dan Eddie tidak mahu teruskan berkarya dengan Wings cuma keadaan tidak mengizinkan.
"Terutama ketika konsert sempena 40 tahun hari itu. Kami tidak ambil keputusan terg£sa-ge£a, setiap manusia ada hadnya dan pada satu masa saya sendiri rasa dah tak boleh," katanya.
Klik untuk gambar besar
Malah, kata Black lagi, walaupun ada pihak menganggap tindakan mereka menarik diri daripada konsert ulang tahun ke-40 Wings sebagai satu keputusan yang merugikan dari sudut kewangan, namun prinsip dan kesejahteraan diri lebih menjadi keutamaan.
"Tiada dend@m atau sebab lain, kami pun gembira mereka dapat laksanakan konsert 40 tahun dengan meriah. Kami tiada apa-apa mas@lah, tiada istilah jernih atau k£ruh, cuma kami dah tak boleh bekerjasama.
"Orang mungkin sifatkan kami ni b0doh sebab itu duit, tapi bila bercakap soal kehidupan, kami terpaksa lakukan sesuatu untuk diri kami," ujarnya yang turut berkata, keputusan untuk berundur dibuat sebelum keadaan menjadi lebih rumit dan menj£jaskan semua pihak termasuk peminat.
Disamping itu, Black juga mendoakan agar perjalanan karier Wings terus berjalan lancar meskipun tanpa kehadiran dirinya dan Eddie.
"Muzik tak boleh hip0krit, kena jujur. Nanti kalau buat persembahan sebab terpaksa jadi tak seronok dan tipu diri sendiri. Sebelum perkara itu mengg@nggu semua pihak, kami ambil langkah undur diri.
"Anggota yang bersama Wings sekarang pun bagus dan berkaliber. Kami berdua mendoakan yang terbaik buat mereka," tuturnya yang berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media konsert Pentas Barbarik Vol. 2, baru-baru ini.
Terdahulu, Black dan Eddie mengumumkan pengunduran mereka daripada kumpulan Wings pada 8 Oktober lalu, sekali gus tidak terlibat dalam konsert meraikan ulang tahun ke-40 penubuhan kumpulan rock legenda berkenaan.
Selepas pengunduran Black dan Eddie, kumpulan itu kini dibarisi Datuk Awie (vokal), Syam (gitar utama) dan Edrie (gitar irama).
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment