18 December 2025

UQASHA DAKWA NAFKAH TIDAK DISEDIAKAN, TERMASUK TIADA PRIVASI KERANA KAWAN LELAKI KELUAR MASUK : "DIA D£RA MENT4L & EM0SI SAYA, MENGANDUNG PUN DIA BOLEH PUKVL SAYA LAGI" - KAMAL ADLI TAMPIL NAFI : "DEMI ALLAH, SAYA BERANI JUNJUNG AL-QURAN"



"Dakwaan sal@h ini dan saya sudah agak perkara ini. Demi Allah, saya berani junjung al-Quran, saya tak pernah memukvl isteri saya. Demi Allah saya berani junjung. Letak atas nama mak ayah saya, saya tak pernah.

"Ini satu dakwaan, kenapa baru sekarang nak cerita apa semua? Ada bukti apa? Bukti medical report ke, laporan polis ke, apa-apa video menunjukkan saya pukvl dia? Tolong.

"Saya tak tumbvk dia. Tak apalah. Ini biasa dah, saya sudah agak benda ni. Permainan dia nak main macam ni. Tapi tak apa, ini fitn@h. Silakan."

Demikian kata pelakon Kamal Adli, 39, yang tampil menjawab dakwaan dimana berlakunya kegan@san terhadap isterinya iaitu pelakon Uqasha Senrose.

Kamal yang menafikan perkara itu berani bersumpah dan menjunjung Al-Quran terhadap dakwaan mend£ra dan memukvl sepanjang perkahwinan mereka.

Dalam pada itu, Kamal menjelaskan, meskipun dia1bkan di khalayak, dia tetap dengan pendirian untuk mempertah@nkan rumah tangga dan menyimpan segala kisah rumah tangga mereka.

"Dia isteri saya. Dia orang yang saya kahwin atas dasar cinta, bukan pasal paksa atau apa. Daripada kenyataan saya cakap ini, saya masih tak buka lagi apa-apa pasal isteri, cukup saya simpan.

"Tapi saya rasa terlalu melamp@u. Kalau dia betul nak saya ceraikan dia, sampai tahap itu dia buka semua hal-hal itu. Pada akhirnya kalau pros£dur ini tak ada persetujuan, Insya-Allah benda itu akan putus juga.

"Saya cuma berjuang dan gunakan saluran yang betul sahaja," ujarnya yang memaklumkan perkara itu ketika ditemui selepas pr0siding Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.

Klik untuk gambar besar

Disamping itu, Kamal berkata, dia hanya memikirnya mengenai anaknya, Hawra Uqaira ketika menjawab pertanyaan kenapa masih teguh pertah@nkan rumah tangganya meskipun pelbagai dakwaan timbul.

"Sebab anak saya, Hawra. Saya duduk dan tengok dia. Saya tahu dia tidak mahu ada 'broken family', itu sahaja. Saya tak ada isu pun dan hal ini sudah selesai lama.

"Cuma hari ini saya rasa dah kena t£gas, bukan main-main dah. Saya datang sini saya nak 'pr0tect'. Saya nak pertah@nkan rumah tangga saya. Saya tak burvkkan dia pun," tuturnya.

Sebelum ini, Uqasha mendakwa, dia ada bukti video dan gambar dirinya menjadi m@ngsa d£ra Kamal, termasuk empat laporan polis pernah dibuat, namun enggan mendedahkan kepada umum buat masa ini.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, tampil membuat pendedahan meng£jutkan apabila mendakwa menjadi m@ngsa kegan@san rumah tangga sepanjang empat tahun berkahwin dengan Kamal.

Katanya lagi, selama ini dia memilih untuk berdiam diri demi menjaga a1b dan maruah suaminya, namun tek@nan yang ditanggung memaksanya bersuara.

"Selama ini saya diam. Saya tak nak cakap benda betul. Saya cuba nak beritahu yang saya nak berpisah dengan cara baik sebab saya tak nak dedah benda betul. Saya nak jaga lagi air muka dia.

"Tapi dia pukvl saya. Dia d£ra saya. Naik tangan, naik kaki, m@ki dan t£ngking saya. Daripada awal perkahwinan sampailah empat tahun ini.
"Selama empat tahun saya berkahwin dengan dia. Dia d£ra ment@l dan em0si saya. Mengandung pun dia boleh pukvl saya lagi.

"Ada bukti. Saya ada gambar, saya ada video. Semua saya ada. Cuma saya tak nak benda ini jadi besar. Saya tak nak bagi tahu semua orang," tutur Uqasha dalam keadaan sebak dan menangis.

Selain itu, Uqasha menjelaskan, punca kegan@san dipercayai daripada sikap bar@n suaminya yang tidak boleh ditegur, selain tidak mempunyai toleransi termasuk dalam soal penjagaan anak.

"Dia bar@n sampai saya t@kut. Tak boleh ditegur langsung. Dalam menjaga anak pun tak ada toleransi. Anak saya perempuan. Rumah pula macam rumah bujang. Kawan lelaki keluar masuk. Saya tak ada privasi dengan anak saya," katanya.

Berhubung itu, Uqasha dalam masa sama turut men£gaskan tindakannya bersuara bukan bertujuan menj@tuhkan mana-mana pihak, sebaliknya demi keselamatan diri dan anaknya serta mahu menghentikan pend£ritaan yang telah lama dipendam.

Sementara itu, peguam sivil yang mewakili Uqasha iaitu Asheeq Ali Seth Alivi memaklumkan, anak guammnya sudah membuat empat laporan polis berhubung dakwaan kegan@san rumah tangga bermula awal Disember lalu.

"Arahan yang telah kami terima adalah kita akan teruskan untuk ambil tindakan yang sewajarnya melalui pr0ses polis dan Mahkamah Sivil.

"Untuk pengetahuan pihak media, daripada pihak Uqasha, empat laporan polis telah difailkan. Tiga laporan difailkan oleh Uqasha dan satu oleh ibu Uqasha.
"Semua laporan melibatkan aduan daripada Uqasha bahawa dia telah did£ra dan dipukvl. Untuk seterusnya, kita biarkan pihak polis menjalankan sias@tan," ujarnya.

Dalam pada itu, dedah Uqasha lagi, Kamal didakwa gag@l menjalankan tanggungjawab memberi nafkah sepanjang perkahwinan mereka, sehingga membuatkannya terpaksa bekerja keras dan mengurus keperluan keluarga menggunakan wang sendiri kerana tidak menerima nafkah seperti isteri lain.

"Saya tahu macam mana cul@snya dia tentang nafkah. Dia tak bagi saya nafkah. Itu saya tak sentuh lagi. Kau orang kata kononnya dia kerja. Netizen kata kerja nak cari nafkah untuk kau. Tak! Saya kerja dan cari duit sendiri," dakwanya.

Menurut pelakon drama 'Perempuan Tanpa D0sa' itu, segala keperluan anak mereka turut ditanggungnya sehingga kini tanpa bantuan kewangan daripada suami.

"Saya besarkan Uqaira. Saya beli baju Uqaira sampailah Uqaira besar. Pampers, susu, semua saya. Walaupun sewa rumah, saya yang beli semua benda itu," jelasnya lagi.

Mahkamah menetapkan pr0siding perceraian di antara pasangan berkenaan disambung pada 12 Januari depan.

Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu selepas mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: