11 December 2025

SELEPAS KEJAYAAN 'BEG KUNING' - KHAIRUL AMING KINI BUKA RESTORAN PERTAMA, 'REMBAYUNG'



Tahniah diucapkan kepada Khairul Aming atau KA atas pembukaan restoran pertama diberi nama 'Rembayung', selepas mengecapi kejayaan menerusi beg kuning (jualan secara online).
Difahamkan, restoran yang memakan modal RM4 juta, berkeluasan 8,000 kaki dan terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur, akan mula beroperasi pada Januari 2026.

Meskipun ramai yang memberi sokongan, namun ada juga komen neg@tif yang diterima Khairul Aming berhubung restorannya itu.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Khairul Aming menjelaskan, restoran itu akan menggunakan sistem tempahan (reservation only) sahaja tanpa membenarkan sebarang 'walk-in'.

Selain itu, harga hidangan juga mungkin tidak berada pada kategori 'mesra rakyat' kerana kos operasi restoran tersebut yang tinggi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: