"Meja makan di gerai saya dah hilang, kena cvri enam biji. Kita baru sahaja nak tambah meja. Tapi, nampak gayanya meja kita kena cvri dan hilang."
Itulah kata pelawak Tauke Jambu, 49, menerusi hantaran video di media sosial miliknya, dimana dia berdepan ujian apabila enam meja di gerainya, Pasir Penambang, Kuala Selangor, hilang dipercayai dicvri pihak tidak bertanggungjawab.
Jelas Tauke atau nama sebenarnya, pemilik nama Zamatul Amri Zakaria, meja di gerainya hilang sebanyak enam biji dan dia baru sahaja bercadang untuk menambah meja di gerainya itu.
Klik untuk gambar besar
"Tak mengapalah. Saya doakan si pencvri itu semoga hidupnya cepat senang dan jadi kaya. Maka bila dah jadi kaya, dia tak mencvri lagi. Tak mengapalah, tiada rezeki," tuturnya.
Sebelum ini, perniagaan lempeng RM1 Tauke mendapat sambutan luar biasa sejak tular di media sosial, malah turut mendapat pujian ramai kerana menawarkan makanan dengan harga mampu milik.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment