30 December 2025

TIADA HAK P£CAH MASUK RUMAH - BEKAS ISTERI AKAN BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP NUBHAN : "SAYA SENDIRI SUS4H NAK HADAM... KATANYA NAK BERKAWAN DEMI ANAK-ANAK... SAYA DAH PENAT DENGAN ELEMEN 'SURPRISE' INI"



"Dr Fie akan ambil tindakan sivil untuk ganti rvgi kerana dia (Nubhan) melangg@r undang-undang. Dia tak boleh suka-suka p£cah masuk atau keluarkan barang tanpa kebenaran walaupun rumah itu secara jelas miliknya.

"Sepatutnya dia perlu mendapatkan kebenaran mahkamah terlebih dahulu. Lagipun dia tahu bekas isterinya itu sedang tuntut harta sepencarian di mahkamah.

"Sepatutnya dia kena benarkan bekas isteri dan anak-anak terus tinggal di situ sehingga mahkamah buat keputusan. Selepas ini anak-anak nak tinggal di mana?"

Itulah jelas peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr Fie, dimana katanya, anak guamnya itu akan memfailkan tindakan sivil terhadap bekas suaminya, penyanyi Nubhan atas dakwaan mem£cah masuk kediaman dan mengeluarkan barangan tanpa izin.

Menurut Akberdin, mana-mana pihak termasuk pemilik harta dilarang memasuki atau mengambil alih harta tak alih tanpa perintah mahkamah dan perkara dilakukan Nubhan itu telah melangg@r undang-undang.

Tuturnya lagi, Nubhan yang didakwa masuk ke rumah serta mengeluarkan barangan peribadi dan menukar kunci kediaman itu disifatkan sebagai satu pelangg@ran undang-undang.

"Walaupun rumah itu atas nama Nubhan, dia tak boleh suka-suka keluarkan barang. Kena ikut undang-undang. Dia tahu Dr Fie sedang bercuti, dia pandai-pandai masuk rumah selepas rampas telefon pembantu rumah.

"Dia tak bagi untuk hubungi klien saya. Selepas kumpulkan segala barang bekas isterinya, baru dia bagi telefon itu semula," kata Akberdin yang turut memaklumkan, Dr Fie akan membuat laporan polis sebaik saja tiba di tanah air esok.

Sementara itu, Dr Fie berkata, dia tidak menyangka apabila bekas suaminya itu tergam@k membawa keluar barangan peribadi tanpa kebenaran di rumah yang didiaminya bersama anak-anak.

Klik untuk gambar besar

Ujarnya yang kini sedang bercuti, lebih t£ruk perbuatan itu seolah-olah tidak memikirkan nasib anak-anak.

"Saya tak tahu nak cakap apa bila melihat Ahmad Nubhan yang juga bapa kepada anak-anak saya. Saya sendiri sus@h nak hadam," tuturnya yang bagaikan hilang kata-kata.

Bagaimanapun, Dr Fie menyerahkan segala urusan kepada peguam syarie yang dilantik untuk berhubung dengan Nubhan kerana bekas suaminya itu juga mengambil pendekatan berdiam diri dan tidak memberi sebarang respons apabila dihubungi.

Dalam pada itu, Dr Fie turut terk£jut dengan kenyataan Nubhan yang memberitahu, dia enggan bersemuka dengannya kerana tidak mahu berg@duh.

"Katanya nak berkawan demi anak-anak, tiba-tiba cakap kalau jumpa boleh bawa g@duh. Cubalah ada adab datang jumpa saya. Tiadalah perg@duhan.

"Saya dah penat dengan elemen 'surprise' ini. Sebelum ini jumpa anak pun tak beri n0tis. Saya bukan isteri dia lagi nak buat 'sweet', beri k£jutan," luahnya.

Sejak malam Isnin, kec0h di media sosial mengenai kenyataan Dr Fie yang mendakwa Nubhan mengeluarkan barang-barang miliknya ketika dia sedang bercuti di Vietnam.

Nubhan dalam satu kenyataan menerusi peguamnya memberitahu, dia telah memberi tempoh sehingga habis idah untuk tinggal di rumah yang dibelinya itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: