30 December 2025

BERANGKAT KE TANAH SUCI BERSAMA SUAMI - BONDA ROZITA MAHU RUANG TENANG JIWA, BERSIH HATI



"Kepada semua followers (pengikut) yang bonda kasihi, bonda doakan semoga Allah turut menjemput kalian menjadi tetamu-Nya di Tanah Suci, pada waktu dan cara yang paling indah menurut ketentuan-Nya.
"Selamat menyambut Tahun Baharu. Semoga Allah menulis takdir yang baik untuk kita semua pada tahun mendatang - negara yang aman, rezeki yang dipermudahkan, iman yang terus bertambah dan seluruh Malaysia dilindungi daripada segala petaka yang mengund@ng kemurkaan-Nya.

"Ya Allah, bonda ingin melangkah ke Tanah Suci bukan kerana bonda sudah baik, tetapi kerana hati ini terlalu perlu dibersihkan.

"Umrah ini bonda pohon sebagai ruang menenangkan jiwa, tempat bonda menyerahkan lelah, luk@ dan segala harapan hanya kepada-Mu, Ya Rabb."

Demikian kata usahawan terkenal Rozita Ibrahim atau Bonda Rozita, 61, dimana dia bersama suaminya, Aidiamin Ahmad, 50, berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah selama 11 hari sejak semalam.

Rozita yang berkongsi perkara itu menerusi media sosial, berkata, dalam setiap sujudnya dia juga memohon dilapangkan rezeki dalam perniagaan yang boleh menjadi sebab baginya berkongsi dengan orang lain.

"Dalam setiap sujud, bonda titipkan satu doa yang dalam: andai Engkau lapangkan rezeki bonda melalui niaga yang Engkau redai, jadikanlah bonda asbab untuk membawa mereka yang tidak mampu menjadi tetamu-Mu.

"Ya Allah, jadikan rezeki ini amanah, yayasan ini jalan rahmat dan setiap langkah bonda ini bukti bahawa nikmat-Mu bukan untuk disimpan, tetapi untuk dikongsi," tutur ibu kepada usahawan sens@si, Datuk Seri Aliff Syukri itu.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan pengikut Rozita gembira dan menganggap ucapan ditulisnya sangat tulus, menenangkan hati, cantik serta sedap dibaca dengan susunan ayat teratur.

"Doakan saya bonda. Cantik ayat. Semoga mendapat umrah mabrur, redha Allah serta pengakhiran hidup yang baik."

"Selamat menunaikan umrah bonda..selamat pergi dan selamat kembali."

"Moga dipermudahkan urusan bonda di sana.. selamat bermusafir bonda."

"Semoga Allah makbulkan semua hajat bonda," itulah antara komen-komen yang ditulis pengguna media sosial.

Sebelum ini, Rozita dan suaminya menarik perhatian ramai di media sosial apabila lelaki itu didakwa mengalami g@ngguan makhluk h@lus ketika menyertai satu rakaman pr0gram paran0rmal.

Jelas Rozita mengenai kejadian itu, dia mempunyai pengalaman dengan g@ngguan mist1k kerana mendakwa hidup selama 24 tahun dalam keadaan dirinya disih1r.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: