"Dalam seminggu ini kesihatannya (Isma Aliff) semakin t£ruk. Dia tak boleh berjalan sebab pada satu hari itu dia terj@tuh dan selepas kejadian itu terus hilang keyakinan. Sampai hari terakhir, arwah memang kurang makan, hanya minum air sahaja. Dia juga berhalusinasi dan asyik cakap nak balik rumah."
Demikian jelas adik kepada pelakon dan penyanyi, Allahyarham Isma Aliff iaitu Shamsidah Ismail, 60, dimana dia memberitahu, abangnya itu sering kali meluahkan hasrat ingin pulang ke 'rumah' sejak kesihatannya mula mer0sot kira-kira seminggu lalu.
Kongsinya, selepas kejadian terj@tuh di kediamannya di Kampung Melayu Ampang, kesihatan Allahyarham dikatakan semakin mer0sot dan kata-kata tersebut diucapkan oleh arwah Isma seolah-olah dia berhalusinasi ingin ke suatu tempat yang tidak diketahuinya.
Klik untuk gambar besar
Malah katanya lagi, Allahyarham Isma atau nama sebenarnya, Muhammad Latiff Ismail, 61, mengalami kesuk@ran untuk bercakap pada pagi Rabu sebelum disahkan meninggal dunia.
"Kuasa Allah, ada adik yang hantar surat dan tolong dia. Kalau tidak, memang tunggu saya balik. Selepas kejadian itu dia jadi f0bia untuk berjalan.
"Pagi tadi sebelum saya ke sekolah, dia sudah tak bercakap dan pernafasannya pun kurang baik. Tapi saya sempat ajar dia mengucap sebelum tinggalkan dia sekejap," tuturnya sebak.
Dalam pada itu, Shamsidah berkongsi momen terakhir bersama arwah Isma yang sempat meluahkan rasa terima kasih serta memohon maaf atas segala perkara, malah beberapa pesan akhir abangnya itu meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat dirinya.
"Dia memang tinggal seorang diri, cuma sejak akhir-akhir ini saya kerap melawat sebab tak ada orang jaga. Saat akhir, dia kata dia maafkan semua dan kalau dia ada duit banyak, dia nak beri kepada saya. Kata-kata itu sangat terkesan di hati saya," ujarnya.
Isma Aliff sebelum ini dilaporkan meninggal dunia di kediamannya sekitar pukul 8.30 pagi dan difahamkan jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana selepas waktu Asar.
Untuk makluman, Isma mendirikan rumah tangga dengan Norha Rafie dan hasil perkahwinan itu, mereka memiliki dua orang cahaya mata bersama.
Terdahulu, Allahyarham pernah ditidurkan akib@t serangan angin ahmar pada Disember 2023, sekali gus membuatkannya lumpuh sebelah kiri tubuh.
Allahyarham dikesan mengalami jangk1tan kum@n pada jantung dan paru-paru hingga ditidurkan kerana krit1kal ketika dimasukkan ke Hospital Ampang.
Biarpun menggalas status orang kelainan upaya (OKU), Isma optimis dalam menjalani kehidupan malah sedia untuk kembali ke pentas seni bagi mencari rezeki.
Beliau yang juga seorang pengacara dan pelawak itu memulakan kerjaya dalam bidang seni pada tahun 1986 menerusi program di stesen televisyen RTM menyerlah menerusi filem 'Mar@h Mar@h Sayang' dan 'Mawar Merah'.
Antara naskhah lakonannya di layar perak termasuk 'Sayang Ibu', 'Jaket Biru', 'Kembar Siam', 'Romeo dan Budak Lapok Osman (suara latar), selain kerap muncul membintangi drama.
Di puncak kerjayanya, anak jati Kuala Lumpur itu turut menghasilkan empat album iaitu Eksyen Saja, Dengar Tau, Kembara Duka serta Macam-Macam Ada.
Kali terakhir Isma beraksi dalam program realiti adalah bersama pada program Maharaja Lawak Mega 2013 di bawah kumpulan Osama bersama Allahyarham Mr. Os.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!






No comments:
Post a Comment