07 January 2026

BILA AMEERA KHAN PULA DIDAKWA 'BERCINTA' DENGAN KERABAT DIRAJA PAHANG?



Sebelum ini, nama pelakon Indonesia, Jefri Nchol menjadi sebutan ramai selepas tersebar foto-foto yang memaparkan dia berpelukan dengan seorang wanita.

Apa yang lebih menarik perhatian, wanita berkenaan menerusi perkongsian di media sosial telah menulis kapsyen ringkas 'Sayang' dengan emoji hati berserta 'tag username' Jefri Nichol.

Namun kini, nama pemp£ngaruh media sosial iaitu Ameera Khan pula menjadi perhatian di media sosial apabila timbul dakwaan yang mengatakan dia sedang menjalin hubungan istimewa dengan kerabat diraja Pahang, Tengku Bakar.

Klik untuk gambar besar

Ameera yang merupakan adik kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa itu baru-baru ini teleh berkongsi foto seorang lelaki tanpa mendedahkan identitinya.

Berhubung itu, netizen menerusi satu hantaran di Thr£ads, telah 'menyiasat' siapa gerangan lelaki itu susulan aksesori yang dipakainya dalam hantaran dimuat naik Ameera.
Dalam hantaran tersebut, individu itu turut memuat naik perkongsian Ameera, dimana rantai yang dipakai lelaki terbabit didakwa sama seperti Tengku Bakar.

Pada November lalu, Ameera Khan menjadi perhatian ramai apabila memadam gambar bersama kekasihnya, Jefri Nichol di media sosial miliknya.

Begitu juga dengan Jefri yang turut mengikuti jejak yang sama apabila foto bersama Ameera kini dilihat sudah tiada di media sosial milik pelakon Indonesia itu, sekaligus menc£tuskan tanda tanya netizen.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: