"Saya pun terkejut sebab selama ini ingat uls£r hanya berlaku dekat mulut, rupa-rupanya boleh jadi di mana-mana bahagian tubuh. Nasib baik saya cepat dapatkan rawatan, kalau lambat jangk1tan itu boleh merebak ke kawasan mata.
Demikian kata pelakon Zoey Rahman atau nama sebenarnya, Mohd Hairey Azhar Rahman, 41, dimana dia terpaksa mendapatkan rawatan segera selepas mengalami ketidakselesaan pada mata kanan sejak beberapa hari lalu.
Jelas Zoey, doktor mengesahkan dia mengalami uls£r pada bahagian mata sehingga menyebabkan kemerahan serta rasa pedih melamp@u dan ia berkemungkinan berpunca kerana tidak mendapat rehat secukupnya, selain terlalu lama menghadap skrin telefon bimbit.
Klik untuk gambar besar
Bagi mempercepatkan proses penyembuhan, Zoey memilih untuk mengurangkan penggunaan telefon bimbit dan berehat sepenuhnya, selain turut berkongsi, dia juga mengalami rasa silau dan p£dih terutama pada waktu pagi serta apabila melihat cahaya terang.
"Waktu pagi memang mata rasa tak selesa. Tengok benda cerah pun silau sampai mata berair. Sampai keluar kemerahan itu yang buatkan saya terus pergi ke klinik," ujarnya.
Zoey dalam masa sama turut menasihatkan, orang ramai supaya tidak memandang ringan kesihatan mata dan segera mendapatkan pemeriksaan jika menunjukkan sebarang gejala.
"Jangan terlalu lama hadap telefon sebab ia memang tak bagus untuk mata. Kalau rasa ada yang tak kena, cepat-cepat jumpa doktor," pesannya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment