"Untuk tinggalkan Singapura memang saya dah bersedia. Saya ingin masuk pasaran muzik di Malaysia. Saya kenal ramai artis di sini dan mereka juga beri kata-kata semangat sehingga buatkan saya rasa terharu. Jadi jika ada peluang keemasan itu, saya akan ambil."
Demikian jelas penyanyi Iskandar Ismail, dimana dia katanya, sekiranya diberi peluang melebarkan sayap dalam industri muzik Malaysia, dia bersedia untuk meninggalkan keluarga dan kerjaya seni di Singapura kerana sudah lama memikirkan perkara itu demi perkembangan kerjayanya sebagai penyanyi.
Dalam pada itu, Iskandar berkata, dia tidak mengambil pusing mengenai komen neg@tif ketika ditanya mengenai ris1ko berdepan kec@man netizen sekiranya memasuki industri hiburan Malaysia.
Klik untuk gambar besar
"Pada saya, tak kisahlah netizen nak kata apa, rezeki ini di tangan Allah. Bagi saya empat negara ini iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei kita mempunyai bahasa yang hampir sama dan bila cakap Melayu semua faham.
"Rezeki masing-masing. Kalau rezeki saya tertulis di sini, saya akan bekerja keras," ujarnya yang berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12).
Iskandar merupakan antara finalis program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) yang akan bersaing bersama lima peserta lain untuk merebut gelaran juara antaranya Nubhan, Mark Adam, Mell Sakura, Ruri Repvblik dan kumpulan Mendua dalam konsert akhir yang akan berlangsung di Dewan MBSA pada 18 Januari ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment