“Saya berharap lagu 'Balas Baik' dapat menjadi peringatan bahawa setiap kebaikan yang kita lakukan, walaupun kecil, mampu memberi kesan besar kepada orang lain,” kata penyanyi popular, Nabila Razali, ketika ditemui media.
Untuk makluman, Nabila sempat meluangkan masa beramah mesta dengan warga Sekolah Kebangsaan Taman Jasmine, Kajang, Selangor, bersempena hari pertama pembukaan sesi persekolahan di seluruh negara.
"Sekolah adalah tempat terbaik untuk menyemai nilai empati, toleransi dan kasih sayang sejak usia muda.
“Jika kita dibiasakan untuk membalas sesuatu dengan kebaikan, saya percaya persekitaran sekolah dan masyarakat akan menjadi lebih harmoni. Itulah mesej utama yang ingin saya sampaikan melalui lagu ini,” ujarnya dipetik sebagai berkata selepas persembahannya di sekolah berkenaan.
Klik untuk gambar besar
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!








No comments:
Post a Comment