06 January 2026

ALAMI KERUG1AN HAMPIR RM1 JUTA - LINDA RAFAR DEDAH DIANI4YA SEKUMPULAN 'DATUK', NIAT BANTU ANAK TAHFIZ TERBANTUT



Penyanyi Linda Rafar baru-baru ini telah mendakwa dirinya menjadi m@ngsa pen1puan melibatkan sekumpulan individu ternama bergelar 'Datuk' sehingga mengalami kerug1an hampir RM1 juta, sekaligus niat untuk membantu golongan kurang berkemampuan dan pusat tahfiz terbantut.

Dalam pada itu, Linda atau nama sebenarnya, Azlinda Abdul Rafar, 47, turut memberi am@ran dimana dia akan mengambil bertindak mendedahkan identiti mereka kepada umum kalau pihak terlibat tidak segera memulangkan semula wang berkenaan.

Jelasnya lagi, sehingga kini satu sen pun tidak diperolehi dan sepatutnya dia menerima keuntungan dari perniagaan tersebut bermula September tahun lalu.

"Sebenarnya sudah enam bulan kejadian ini berlaku. Saya ada menjalankan perniagaan dengan sekumpulan 'datuk' yang diperkenalkan kepada saya. Disebabkan mereka dikenali, saya percaya untuk bekerjasama.

Klik untuk gambar besar

"Saya sudah pasang niat dan berjanji, kalau duit itu masuk saya akan sedekahkan kepada pihak yang sepatutnya. Masa itu penuh harapan, yakin akan dapat keuntungan, tapi sampai hari ini satu sen pun tak ada," ujarnya.

Akui Linda, dia tidak menyangka keputusan kali ini membawa kekec£waan besar dalam hidupnya kerana dirinya bukan jenis mudah meletakkan kepercayaan kepada orang lain, namun disebabkan terlalu yakin, dia sanggup mengeluarkan hampir semua simpanan termasuk wang perniagaan dan dana yang diperuntukkan untuk tahfiz.

"Saya tak pernah percaya orang sampai tahap ini, tapi kali ini saya percaya sepenuhnya sampai keluarkan semua duit yang saya ada, hampir RM1 juta. Ada duit simpanan sendiri, duit perniagaan dan juga duit tahfiz.
"Macam-macam perancangan saya buat untuk bantu orang susah, memang itu niat saya kalau ada keuntungan," katanya yang memberitahu, dia sudah beberapa kali menghubungi pihak berkenaan bagi menuntut semula wang tersebut, namun usaha itu menemui jalan buntu.

Disamping itu, tuturnya lagi, sambutan tahun baharu bertukar menjadi episod penuh kekec£waan yang sepatutnya bermula dengan sinar harapan apabila dia merasakan dirinya telah ditipu oleh pihak berkenaan.

"Sampai saya merayu minta bayar sikit-sikit sebab saya sudah berjanji dengan ramai orang. Bila tak dapat tunaikan janji, saya rasa sangat 'down' sampai menangis kerana tak mampu tanggung ujian seberat ini.

"Saya hampir putus asa, tapi nasib baik saya masih ada iman dan sokongan keluarga yang buatkan saya terus kuat sampai hari ini. Cuma keluarga pun tak tahu perkara ini sebab saya jenis simpan mas@lah sendiri," luahnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: