06 January 2026

RIZMAN RUZAINI DITUNTUT BAYAR HUT4NG RM1.3 JUTA SEBELUM 15 JANUARI - SUAMI INTAN NAJUWA MENANG K£S SAM4N



"Setelah hampir tiga tahun memilih untuk berdiam diri, suami dan saya kini tampil secara terbuka berdasarkan keputusan mahkamah yang telah diputuskan.

"Tanpa melibatkan mana-mana pihak atau pereka fesyen lain, kenyataan ini dibuat khusus bagi menyeru Pereka Fesyen Rizman Ruzaini untuk melaksanakan pembayaran semula pinjaman seperti yang telah diarahkan oleh Mahkamah melalui penghakiman yang telah memihak kepada kami."

Demikian kenyataan yang tertera dalam dokumen yang dimuat naik oleh pelakon Datin Intan Najuwa, dimana mahkamah menetapkan pembayaran RM1.3 juta perlu diselesaikan oleh defenden sebelum 15 Januari ini.

Selepas tiga tahun berdiam diri, Intan akhirnya tampil bersuara berhubung k£s sam@n sivil yang difailkan oleh suaminya, Datuk Ahmad Azraf terhadap pereka fesyen, Rizman Ruzaini yang mewakili syarikat mereka, Rizman Ruzaini Creations (M) Sdn Bhd.

Klik untuk gambar besar

Kenyataan tersebut mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan suami Intan memenangi k£s sam@n terhadap jenama fesyen tersohor itu membabitkan tuntutan bayaran semula pinjaman.

Pendedahan itu dibuat Intan menerusi media sosial miliknya dengan memuat naik dokumen penghakiman daripada Mahkamah Tinggi di sini, selepas sekian lama berdiam diri bagi menghormati proses undang-undang.

Dalam pada itu, kenyataan berkenaan dibuat secara berfakta dan berhemah selaras dengan keputusan undang-undang yang sah.
Berdasarkan dokumen yang dimuat naik, mahkamah merekodkan Penghakiman Terus yang memihak kepada Ahmad Azraf selaku plaintif terhadap tiga defendan iaitu Rizman Ruzaini Creations (M) Sdn Bhd, Rizman Nordin dan Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil.

Menerusi perintah mahkamah bertarikh 16 Disember 2025 itu, pihak defendan diarahkan untuk melunaskan tiga perkara, dimana pertama adalah melunaskan bayaran berjumlah RM1.3 juta kepada plaintif pada atau sebelum 15 Januari 2026.

Kedua, membayar kadar faedah lima peratus ke atas jumlah baki bermula 16 Januari 2026 sehingga penyelesaian penuh dilakukan dan kemudiannya ketiga pula, membayar kos mahkamah sebanyak RM15,000 secara serta-merta kepada plaintif.

Setakat ini difahamkan, pihak Rizman Ruzaini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi atau maklum bal@s berhubung pendedahan berkenaan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: