05 January 2026

GEGAR VAGANZA 12 - NUBHAN MASIH LAYAK BERTANDING, TIDAK LANGG4R PERATURAN



"Kami sedar keprihatinan penonton terhadap peserta, terutamanya berkaitan mas@lah peribadi, dan perkara itu kami ambil maklum. Namun, Nubhan tidak melangg@r apa-apa peraturan atau syarat pertandingan. Jadi, sebagai peserta dia masih layak untuk terus menyertai GV12."

Itulah kata pengurus Saluran Astro Ria iaitu Idlan Zahari, dimana pihaknya sedia maklum mengenai desakan netizen yang mahu memb0ikot Nubhan, namun pihaknya tidak melihat perkara itu sebagai satu alasan yang wajar untuk memberhentikan penyertaan penyanyi itu dalam program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12)

Baru-baru ini, sesetengah pihak meluahkan rasa kurang senang terhadap peserta Nubhan atau nama penuhnya, Ahmad Nubhan Ahamad, 39, susulan isu peribadi penyanyi itu yang sedang hangat diperkatakan dan berhubung perkara itu, pihak produksi GV12 mengambil maklum.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Idlan turut men£gaskan, Nubhan tidak pernah melangg@r sebarang syarat pertandingan sepanjang 10 minggu terlibat dalam program GV12 dan segala mas@lah peribadi barisan peserta atau sebarang krit1kan di laman sosial adalah di luar kawalan pihak produksi.

Selain itu, Nubhan yang mempunyai tiga cahaya mata hasil perkahwinan dengan bekas isteri, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr Fie, 35, juga tidak pernah menyuarakan hasrat untuk menamatkan persaingan di pentas berkenaan.
"Reaksi penonton dan hal peribadi peserta adalah di luar kawalan produksi. Apa yang kami boleh kawal adalah memastikan persembahan terbaik dipersembahkan setiap minggu. Setakat ini, tiada apa-apa kenyataan daripada Nubhan," jelasnya.

Pada konsert minggu ke-10, Nubhan berjaya menduduki tempat kedua selepas menyampaikan lagu berjudul 'Masih Aku Terasa' (nyanyian asal Gersang) dan persembahannya itu menerima pujian ketua juri, Datuk Ramli MS atau Tokram yang menyifatkan Nubhan semakin baik walaupun kisah peribadinya kini hangat menjadi bualan.



"Walaupun banyak cerita diperkatakan, perkara itu tidak menj£jaskan persembahan kamu di atas pentas. Malah, kamu semakin baik," tutur Tokram ketika memberi komen.

Sejak minggu lalu, tindakan Nubhan yang mengeluarkan barangan peribadi milik bekas isteri bersama anak-anak daripada kediaman tanpa pengetahuan mereka telah mengundang rasa amar@h netizen, dimana ramai berpendapat penyanyi itu bertindak k£jam sehingga ada yang mahu memb0ikot program itu, selain meminta Nubhan menarik diri.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: