02 January 2026

BAWA ANAK-ANAK 'TOUR' KE STADIUM EMIRATES - RITA RUDAINI SEBAK DAPAT TUNAI JANJI



"Akhirnya mommy (panggilan Rita) dapat tunaikan janji pada anak-anak untuk stadium 'tour'. Dah lama mereka teringin. Mommy cakap jadi anak-anak yang baik, Insya-Allah Tuhan bantu dan permudahkan setiap keinginan kamu."

Itulah kata pelakon Rita Rudaini, 50, dimana dia tidak dapat menahan sebak apabila akhirnya berjaya menunaikan janji untuk membawa dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 17, dan Airit Qaqa Arjuna, 15, menikmati pengalaman lawatan ke Stadium Emirates, London.

Ujar Rita atau nama penuhnya, Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, momen tersebut cukup bermakna buat dirinya dan berharap Rayyan dan Arjuna menjadi anak yang baik.

"Di sinilah kita, sila nikmati saat ini. Mommy sebak," tuturnya yang berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di media sosial miliknya.

Klik untuk gambar besar

Dalam hantaran itu, Rita turut memuat naik sebuah video yang memaparkan keterujaan anak-anaknya ketika menikmati lawatan di stadium tersebut, termasuk merakam foto kenangan di beberapa lokasi menarik.

Untuk makluman, Rita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Aidil Zafuan pada 2008, namun sah bercerai pada 2013.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Rayyan, 17, dan Arjuna yang kini berusia 15 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: