“Apabila saya duduk di katil hospital dan wad yang sama ini seperti arwah emak, kerinduan itu menjentik ulu hati.
"Inilah yang mak lalui, the feeling dan zikir yang tak lepas dari bibirnya, sungguh aku benar-benar rindu padamu mak," luah Bekas pengacara dan personaliti televisyen popular, Puan Seri Normala Samsudin, 62, berkongsi detik cemas apabila terpaksa ditahan di wad kecemasan selepas tekanan darahnya meningkat secara mendadak sehingga mencecah bacaan 211.
Perkongsian itu dimuat naik menerusi media sosial miliknya baru-baru ini yang disifatkannya sebagai satu permulaan penting untuk dikongsi bersama rakan seusianya.
Klik untuk gambar besar
"Doaku tak putus selagi waras InsyaALLAH, sama-sama kita doakan perjalanan kita seperti lancarnya bahtera Nuh.
"Benarlah ujian sakit itu tanda ALLAH sayang kita, tanda diangkat segala dosa, InsyaALLAH tanda kita perlu lebih istiqamah," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Untuk info, tekanan darah personaliti itu telah meningkat sejak enam bulan lalu meskipun beliau mengamalkan gaya hidup sihat termasuk bersenam dan mengambil suplemen secara konsisten.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!





No comments:
Post a Comment