"Kita kena sedia maklum Mr E ni suka bergurau. Saya pun tak tahu itu buah zuriat. Apa pun saya anggap ini sebagai gurauan. Saya dah set dalam otak macam tak sesuai (nak hamil) tetapi kalau Allah dah berkehendak kita tak boleh menolak.
"Daripada mula saya pun tak sangka yang akan berkahwin lagi. Sejak awal kami ada berbincang, kalau dia nak anak (Ezwan) kena kahwin dengan orang muda."
Itulah kata pelakon dan penyanyi, Erra Fazira, dimana dia menjelaskan perkongsian foto buah zuriat oleh suaminya, Ezwan Zain ketika menunaikan ibadah umrah baru-baru ini hanyalah sekadar gurauan dan tidak membawa sebarang maksud tersembunyi.
Ujar Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, dia menyerahkan segalanya kepada ketentuan Ilahi, meskipun secara peribadi tidak pernah terfikir untuk kembali hamil, memandangkan usia yang sudah mencecah 52 tahun.
Klik untuk gambar besar
"Saya tidak merancang. Perancangan saya Alhamdulillah kami masing-masih sudah mempunyai anak dan dah ada pasangan (teman) jadi kami mahu jalan terus (jalani kehidupan).
"Kalau nak kata tak terburu-buru nak anak tidak juga sebab faktor usia. Kami memang tidak fikir ke arah itu pun," tuturnya yang turut berkata, faktor usia menjadi sebab utama dia tidak meletakkan harapan untuk hamil, malah sentiasa mendapatkan nasihat dan pemeriksaan daripada doktor.
"Ada rezeki saya tak tolak, tapi saya tahu 80% perkara itu tidak akan berlaku (hamil). Di usia saya ini memang sentiasa buat pemeriksaan doktor. Rata-rata menasihati lebih baik saya tidak hamil atas faktor usia," ujarnya.
Pada 2 Januari lalu, Erra membuat kejutan istimewa buat Ezwan sempena ulang tahun kelahirannya dengan menghadiahkan perjalanan menunaikan umrah bersama.
Dalam satu hantaran di media sosial, Ezwan memuat naik gambar memegang foto buah zuriat yang ditunjukkan kepada Erra, sekali gus menc£tuskan sp£kulasi netizen bahawa pasangan itu bakal menimang cahaya mata.
Untuk makluman, Erra selamat mendirikan rumah tangga kali ketiga dengan Ezwan pada 12 Disember lalu di Rinjani Majestic, Subang selepas 11 tahun bergelar ibu tunggal.
Erra sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan anggota KRU, Datuk Yusry Abdul Halim, namun mereka bercerai pada 2006 selepas tiga tahun berkahwin dan tidak dikurniakan cahaya mata.
Primadona itu kemudian berkahwin dengan usahawan, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, sebelum berpisah pada 2014.
Manakala Ezwan pula, dia sudah lapan tahun bergelar duda dan mempunyai seorang cahaya mata.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment