10 January 2026

"SIA-SIA TURUN KL NI" - KAMAL ADLI 'HAMPA' TAK DAPAT 'DATING' DENGAN HAWRA



"Plan tak berjaya. Tak dapat 'dating' dengan Hawra. Sia-sia turun KL. Sorry rakyat takde pic (gambar) boleh di update (dikemas kini)."

Demikian tulis pelakon Kamal Adli menerusi perkongsian di media sosial, dimana dia menjadi perhatian apabila dia memaklumkan rancangan untuk bertemu dengan anaknya, Hawra Uqaira tidak berjaya.

Dalam perkongsian itu, Kamal memberitahu, hasrat untuk berjumpa anak tersayang tidak kesampaian, meskipun dia sudah pun sampai di Kuala Lumpur.

Klik untuk gambar besar

Berhubung itu, Kamal turut memohon maaf kerana tidak dapat berkongsikan gambar terbarunya bersama Hawra.

Perkongsian Kamal itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya menitip kata-kata semangat kepada pelakon itu.

Difahamkan, Kamal telah pun memadam perkongsian yang dimuat naik pada malam Khamis itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: