16 January 2026

"BUKAN SETIAP KEHILANGAN ADALAH KEHILANGAN..." - IBU BANGGA DENGAN DR AFIFAH, HADIAHKAN DIRI KERETA ELEKTRIK, PROTON E.MAS 7



"Tahniah anak perempuanku. Biarkan perkara yang lepas berlalu, perkara yang lebih baik akan datang. Bukan setiap kehilangan adalah kehilangan, kadang-kadang ia adalah peningkatan. Nikmati 'permainan' baharu awak, sangat layak. Jom jalan."

Demikian kongsi ibu kepada Afifah Hidayah Ahmad Tawfek iaitu Dr Zailah Zainudin, menerusi satu hantaran di media sosial miliknya, dimana dia meluahkan rasa bangga serta mengucapkan tahniah atas pencapaian anak sulungnya itu.

Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan sekali lagi mendapat perhatian apabila dia dilihat telah membeli sebuah kereta elektrik jenama Proton e.MAS 7 berwarna Quartz Rose selepas memaklumkan sudah berpindah ke sebuah rumah sewa baharu.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, ibu Dr Fie turut menitipkan kata-kata semangat dengan menyifatkan apa yang berlaku dalam kehidupan anaknya bukan satu kehilangan, sebaliknya permulaan kepada sesuatu yang lebih baik.

Hasil carian mendapati harga kenderaan elektrik itu mencecah lebih RM100,000.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan ketabahan Dr Fie, selain memuji kekuatan ment@l serta sokongan keluarga yang dimilikinya.
"Beza orang berpendidikan dengan tidak, hidup tak berakhir selepas bercerai."

"Saya tahu Dr Afifah mempunyai hati yang besar dan berjiwa p0sitif, memang dapat rasa 'vibe' dia.

"Hebat keluarga Dr Afifah, dengan sistem sokongan yang kuat saya percaya Dr Afifah akan baik-baik sahaja," antara komen-komen yang ditulis netizen.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: