16 January 2026

"DALAM MASA TIGA BULAN, BUKAN LAGI HANYA AWAK & SAYA, TETAPI KAMI" - WANNA ALI UMUM BAKAL TIMANG ANAK SULUNG



"Dalam tempoh setahun lebih sahaja, Allah telah menulis semula tentang seluruh hidup saya. Dari merisik, bertunang, bernikah dan kini si kecil kami sedang membesar di dalam rahim saya.

"25 minggu mengandungkan cinta (anak) kami. Dalam masa tiga bulan, bukan lagi hanya awak dan saya, tetapi kami."

Itulah kata pelakon Wanna Ali, 29, dimana dia berkongsi khabar gembira bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi, selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Khairil Amri Khalid.

Klik untuk gambar besar

Wanna atau nama sebenarnya, Nor Syazwana Mohd. Ali, yang berkongsi berita gembira itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di media sosial miliknya, turut meluahkan rasa teruja apabila perjalanan hidupnya berubah dalam tempoh setahun.

Melihat pada perkongsian itu, pelakon drama 'Setiaku Berdiri' ini memuat naik video perjalanan pertemuan awal dia bersama suami sehingga mereka sah mendirikan rumah tangga.

Malah, anak kepada penerbit, Datuk Ayu Puteh itu turut menunjukkan 'baby bump', selain beberapa rakaman menjalani pemeriksaan kandungan.
Dalam pada itu, Wanna yang kini hamil enam bulan dan lagi tiga bulan bakal bersalin ini turut meluahkan rasa syukur atas setiap detik sepanjang perjalanan kehamilannya yang disifatkan penuh dengan ketentuan dan hikmah Ilahi.

Tambahnya lagi, setiap momen dirasakan telah diatur dengan sebaik-baiknya oleh Yang Maha Esa, meskipun masa berlalu dengan begitu pantas.
"Masa berlalu terlalu cepat, namun setiap detik terasa seperti telah dirancang dengan penuh ketentuan Ilahi. Saya tidak akan mengubah walau satu pun.

"Buat suamiku, sejujurnya saya tidak tahu siapa diri saya tanpa kamu. Alhamdulillah atas cinta ini, keluarga ini dan keajaiban ini. Terima kasih, ya Allah. Sesungguhnya Allah Maha Besar," tuturnya.

Untuk makluman, Wanna bernikah dengan Khairil Amri yang juga anak bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, pada 9 Februari tahun lalu dalam sebuah acara tertutup di Petaling Jaya, Selangor.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: