"Pihak Tabung Haji menghantar jawapan kelulusan rayuan saya pada 1 haribulan lalu. Kiranya ia hadiah tahun baru yang amat bermakna.
"Sebenarnya isteri saya, Zeana Ramli, terlebih dulu menerima tawaran selepas membuat rayuan tahun sebelumnya. Jadi saya pun cuba nasib buat permohonan rayuan sebagai mahram, Alhamdulillah berjaya."
Demikian jelas vokalis kumpulan Exists, Ezad Lazim yang meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk menunaikan fardu haji di Makkah bersama isterinya pada tahun ini akhirnya tercapai apabila mendapat undangan menjadi tetamu Allah.
Dalam pada itu, Ezad menganggap berita gembira itu sebagai 'hadiah' tahun baharu paling bermakna kerana dia sudah lama memasang niat selepas beberapa kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah.
Kongsi Ezad, dia menerima keputusan tawaran pada 1 Januari melalui notifikasi rasmi yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp serta emel, namun dia memilih untuk tidak menghebahkan berita gembira sejurus mendapat tawaran kerana bimbang gag@l ujian saringan kesihatan.
Klik untuk gambar besar
"Bila dah lepas ujian saringan dan semuanya sah, baru saya beritahu Exists. Saya t@kut dah beria-ia cakap nak pergi, buat kenduri apa semua, alih-alih kesihatan tak lepas," ujarnya.
Tuturnya, dia sudah empat kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah dan sejurus itu, hasrat menunaikan ibadah haji itu mula timbul.
"Bila dah pergi umrah banyak kali, terdetik di hati, Ya Allah, kalau boleh tunaikanlah hajat nak buat haji pula. Teringin nak rasa suasana dan kelebihan haji.
"Walaupun dah empat kali ke sana, perasaan gemuruh tetap ada terutama memikirkan tempoh lama di sana meninggalkan keluarga. Hari-hari saya berdoa supaya dipermudahkan segalanya," katanya.
Ujar Ezad lagi, dia terpaksa membuat keputusan berat untuk tidak terbabit dalam perancangan konsert reunion Exists yang sepatutnya diadakan tahun ini demi menyambut panggilan Baitullah.
"Sebenarnya Exists rancang adakan konsert reunion, tapi saya dah cakap dengan anggota lain, kalau saya dapat tawaran haji, saya tak boleh buat konsert itu.
"Tempoh haji memakan masa lebih kurang 45 hari, jadi saya tidak pasti tarikh kepulangan. Saya akan mula mengosongkan jadual selepas hari raya," katanya.
Katanya, dia turut memilih untuk menolak tawaran besar sepanjang Ramadan bagi memberi fokus sepenuhnya kepada persiapan menunaikan haji.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment