29 January 2026

DIRAWAT DI WAD KEC£MASAN SELEPAS KEMBALI TUNAI UMRAH - ALI XPDX ALAMI JANGK1TAN V1RUS : "DOKTOR TIDAK BENARKAN WARIS JAGA AYAH DI WAD"



Baru-baru ini, penyanyi Ali XPDC atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail, 58, telah dimasukkan ke wad kec£masan Hospital Sultan Idris Shah, Serdang kerana mengalami jangk1tan v1rus, selepas baru kembali mengerjakan ibadah umrah.

Menurut anak kepada Ali iaitu Wan Aliuddin Aqiel atau Aqiel, keadaan kesihatan bapanya itu kini semakin stabil, tetapi masih dirawat di wad kec£masan.

"Alhamdulillah, keadaan ayah nampak semakin stabil hari ini. Tapi ayah masih memakai alat bantuan pernafasan kerana paru-parunya kembali berair.

Klik untuk gambar besar

"Buat masa ini, ayah masih lagi di rawat di wad kec£masan dan di bawah pemantauan doktor," jelasnya yang turut memaklumkan, doktor memberitahu, hasil pemeriksaan, bapanya mengalami simptom v1rus ketika di Tanah Suci.

"Maaf, saya tidak tahu nama v1rus yang menjangk1ti ayah, tapi bila balik dari umrah, ayah mengalami batuk dan selsema.
"Buat masa ini, doktor juga tidak membenarkan waris (anak-anak) untuk menjaga ayah di wad kerana bimbang v1rus itu menjangk1ti orang lain," katanya.

Sebelum ini, Ali mengerjakan ibadah umrah di Makkah pada 12 Januari dan kembali ke tanah air pada 24 Januari lalu.

Menurut Ali, rombongan ke Tanah Suci itu membabitkan seramai 45 orang dan turut ditemani rakan baiknya, Ejay Daie.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: