17 January 2026

"HENT4K SIANG & MALAM, MAKAN & MINUM SEMUA KENA JAGA..." - AWIE AKUI BERAT BADAN HAMPIR 100KG, MAHU JAGA KULIT SUPAYA TAK BERKEDUT



"Perkara ini sebenarnya subjektif, tetapi apabila saya sedar berat badan sudah melamp@u, saya tahu perlu buat sesuatu sebelum ia memud@ratkan diri sendiri.

"Berat saya ketika itu sudah lebih 90 kg dan jauh daripada berat asal. Kalau dibiarkan, pergerakan saya akan jadi lembab."

Demikian ujar vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie, dimana dia mengakui kesedaran untuk menjaga kesihatan dan berat badan hadir selepas melihat perubahan ketara pada diri sehingga hampir memud@ratkan pergerakannya.

Jelas Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, berat badannya sebelum ini melebihi berat idealnya sekitar 70 kg apabila pernah mencecah hampir 100 kilogram (kg).

Menurutnya lagi, keputusan untuk menurunkan berat badan dibuat bersempena persiapan Konsert 40 Tahun yang berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya, Selangor, tahun lalu.

Klik untuk gambar besar

Kongsi penyanyi berusia 58 tahun itu, hasil disiplin ketat daripada segi senaman dan pemakanan, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 14 kg dalam tempoh kira-kira dua hingga tiga bulan.

"Dalam tempoh persiapan konsert, saya memang hent@k siang dan malam. Makan dan minum semua kena jaga sebab itu sangat penting, lebih-lebih lagi apabila usia semakin meningkat. Ini juga peringatan untuk diri saya sendiri.

"Kita sudah berada pada fasa umur yang perlu lebih berhati-hati dan fikir tentang kesihatan," tuturnya yang dibimbing oleh jurulatih peribadi di Ultimate Gym iaitu Terry Gallyot yang juga pemegang gelaran Mr. Asia, sepanjang usaha menurunkan berat badan.

Maklum Awie lagi, bagi memastikan penurunan berat badan berlaku secara sihat, keseluruhan program latihan dan pemakanan disusun rapi.
"Saya perlu ambil protein yang tinggi untuk menjaga keadaan kulit supaya kekal kental dan tidak mengendur. Kalau tidak dijaga, kulit boleh jadi berkedut.

"Sebab itu saya amalkan pengambilan telur, protein, sayur-sayuran serta makanan yang dibakar dan direbus," katanya yang turut memberitahu, dia masih merancang untuk menurunkan berat badan sebanyak lima hingga tujuh kg lagi demi memastikan tahap kecergasan berada pada tahap terbaik.

"Setakat ini saya masih dalam perancangan untuk turunkan lagi sedikit berat badan supaya stamina dan pergerakan saya kekal cergas," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Awie bersama Wings yang kini diperkuatkan dengan penambahan dua ahli tetap baharu iaitu Pae dan Ilham Ishak, bakal mengadakan Konsert Wings Orang Kita yang dijadual berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 30 Januari ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: