17 January 2026

PILIH HANTAR ANAK KE SEKOLAH KEBANGSAAN, BERBANDING SEKOLAH CINA - INI JELAS ADAM CORRIE



"Walaupun saya berbangsa Cina, saya memilih untuk menghantar anak ke sekolah kebangsaan. Bukan kerana saya tidak mahu anak belajar Mandarin, tetapi kerana anak saya sendiri tidak berminat.
"Sebelum ini, saya pernah menghantarnya ke tadika Cina, namun jelas minatnya bukan di situ. Untuk memasuki sekolah Cina pula, biasanya perlu melalui sekurang-kurangnya dua tahun pendidikan tadika Cina, dan saya menerima hakikat itu dengan hati terbuka.

"Lagipun, saya sendiri berketurunan Cina Hokkien. Mandarin bukan bahasa ibunda saya sekadar faham dan boleh bertutur sedikit-sedikit sahaja ✌️ Kalau Hokkien, memang bahasa saya 💪💪

"Setiap anak ada minat dan laluan pembelajaran masing-masing, dan sebagai ibu bapa, tugas kita adalah menyokong, bukan memaksa.

Klik untuk gambar besar
"Fateh dengan mendiang ah ma (nenek). Ah ma Fateh pun tak pandai cakap Mandarin. Sebab kami keturunan cina yang bertutur hokkien. ❤️"

Itulah tulis pelakon Adam Corrie Lee Abdullah, 58, menerusi hantaran di media sosial, dimana jelasnya, dia memilih untuk menghantar anak tunggalnya, Adam Fateh Lee, 7, belajar ke Sekolah Kebangsaan berbanding mengikuti pembelajaran bahasa Mandarin walaupun dia berbangsa Cina.

Jelas Adam Corrie, pemilihan sekolah perlu mengambil kira minat dan keselesaan anak itu sendiri dan tidak seharusnya dinilai berdasarkan kaum atau latar belakang semata-mata.
Meninjau di ruangan komen, netizen menerima p0sitif keputusan dan tindakan dibuat Adam Corrie terhadap masa depan pendidikan anaknya, dimana rata-ratanya turut menyifatkan tidak perlu memaksa kalau memang tidak minat.

Untuk makluman, Adam Corrie memeluk Islam pada Julai 2007, bertemu jodoh dengan wanita pilihan iaitu Fazima Fuad pada 2008 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Adam Corrie yang juga koreografer tarian dan lagak ngeri (stunt) itu pernah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah - Saudara Kita peringkat negeri Selangor pada 2017.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: