11 January 2026

HIDAP KANS£R HATI - TOMMIE TUMIRAN PERLU RM9,000 SEBULAN : "BILA TIBA GILIRAN SAYA DIDUGA, TIADA RAKAN-RAKAN MAHUPUN PERSATUAN YANG BERTANYA KHABAR"



"Saya disahkan kans£r hati kira-kira empat bulan lalu. Pada mulanya, saya alami s@kit perut yang berpanjangan lalu buat pemeriksaan.
"Pada mulanya, doktor sangka saya ada mas@lah batu hempedu. Apabila pemeriksaan dibuat sekali lagi, rupa-rupanya saya menghidap kans£r hati.

"Doktor beri saya dua pilihan sama ada hendak jalani rawatan melalui kaedah kim0terapi atau makan ubat. Saya pilih ambil ubat kerana faktor usia.

"Cuma, harga ubat itu terlalu mahal dan memb£bankan. Saya terpaksa minta bantuan anak-anak bagi membeli ubat yang perlu diambil setiap hari."

Itulah jelas bekas Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Datuk Tommie Tumiran, 75, yang disahkan menghidap kans£r hati memerlukan kira-kira RM9,000 sebulan bagi membeli ubat-ubatan.

Jelas Tommie lagi, dia yang pernah menerajui PKAVM selama dua tahun itu memilih mengambil ubat secara oral, berbanding menjalani rawatan kim0terapi.

Dalam pada itu, Tommie meluahkan rasa k£sal apabila tiada rakan-rakan atau mana-mana persatuan mewakili pekerja seni bertanya khabar meskipun mengetahui keadaannya.

"Saya sedih kerana ketika berpersatuan, saya bersus@h-payah mencari dana membantu ahli yang berdepan mas@lah kewangan dan kesihatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Bagaimanapun, apabila tiba giliran saya diduga, tiada rakan-rakan mahupun persatuan yang bertanya khabar.

"Saya ada maklumkan kepada Timbalan Presiden PKAVM, Sandakiah Azez mengenai keadaan kesihatan saya. Dialah satu-satunya yang datang melawat dan bertanya khabar.

"Tetapi, teman lain, tidak hiraukan keadaan saya, jadi saya sangat sedih," katanya yang menetap bersama anaknya di Bukit Antarabangsa, di sini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: