11 January 2026

EBBY YUS KATA ARWAH ISMA ALIFF BERHASRAT PULANG KAMPUNG BERTEMU ANAK ISTERI SEBAIK SEMBUH : "ARWAH TIDAK PERNAH MENGADU SEDIH & TIDAK PERNAH KONGSI MAS4LAH PERIBADI"



"Saya sangat ralat kerana selalunya saya ada bersama dia. Hari ini (7 Januari), dia meninggal dunia, saya tidak ada di sisi. Sepanjang saya di Sarawak, kami sentiasa berhubung. Beberapa hari lalu, arwah ada hubungi saya kira-kira jam 12 tengah malam, mengadu lapar.
"Arwah hubungi saya dua kali. Kali pertama suaranya agak jelas. Apabila arwah hubungi saya sekali lagi, suaranya seakan berbisik. Jadi. saya minta arwah tunggu sementara rakan kami yang bernama Sulaiman, belikan makanan.

"Esok paginya, saya hubungi arwah untuk bertanya khabar. Dia beritahu adiknya, Angah belikan makanan pagi itu. Saya juga minta rakan kami, ustaz Farid untuk tengok-tengokkan arwah. Saya dengar suaranya macam sudah tidak larat, namun, kami sempat buat panggilan video."

Demikian tutur sahabat baik Allahyarham Isma Aliff, iaitu Ebby Saiful, dimana dia sedih tidak dapat berada di sisi rakannya yang dijemput Ilahi pada 7 Januari lalu kira-kira jam 8.30 pagi.

Kata Ebby, dia yang berada di Sarawak sejak lebih seminggu lalu, sering menemani arwah yang tinggal bersendirian di Kampung Melayu Ampang dengan meluangkan waktu bersama atau membawa Isma keluar makan dan kali terakhir dia bercakap dengan arwah, hatinya mula tidak tenteram.

"Hati saya tidak sedap sebab arwah sudah tidak larat. Suaranya langsung tidak jelas dan matanya bukan memandang kepada skrin telefon. Saya dapat pesanan WhatsApp daripada adiknya memaklumkan Isma sudah meninggal dunia.

"Saya jadi tidak tentu arah dan tidak tahu hendak buat apa. Kemudian barulah saya hubungi rakan-rakan lain untuk maklumkan berita itu," ujarnya yang mengenali arwah Isma sejak era 1980-an.

Dalam pada itu, Ebby berkata, sikap Allahyarham Isma yang disifatkan sebagai individu ceria dan lucu itu langsung tidak berubah walaupun selepas dis£rang angin ahmar, beberapa tahun lalu.

"Arwah tidak pernah mengadu sedih dan tidak pernah kongsi mas@lah peribadi. Ketika muda dahulu, setiap kali hujan lebat, arwah hubungi dan bertanya apakah rumah saya dinaiki air.

"Dia datang rumah saya sebab hendak main air sahaja. Dalam keadaan diri s@kit, arwah masih boleh buat lawak. Saya selalu pesan kepadanya agar gerakkan badan dan bersenam kalau hendak cepat sihat.

"Lalu, dia bangun dan berjoget di depan saya," katanya yang turut memberitahu, Allahyarham Isma pernah meluahkan hasrat mahu pulang ke kampung bertemu isteri dan anak-anak, sebaik sembuh.

"Arwah tidak pernah bercerita mengenai keluarganya. Saya juga tidak pernah bertanya, apatah lagi, ketika arwah tidak sihat," jelasnya.


KLIK DISINI UNTUK FOTO LAIN

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: