11 January 2026

"SEORANG 'DIVA' BERTAULIAH, SAYA TAK AKAN GUNA JALAN PINTAS" - DIANA DANIELLE DEDAH BADAN 'CHUBBY' DIPERS0AL, SIAP ADA KATA DIRINYA MENGANDUNG



"Sepanjang dua tahun saya naik badan, macam-macam label orang bagi. Ada yang kata, saya mengandung, ada yang cakap saya dah kurang relevan, kemurungan, macam-macam cerita. Ada juga yang suka, sebab katanya tak pernah tengok saya 'chubby' sebelum ini."
Itulah kata penyanyi dan pelakon, Diana Danielle, 35, dimana dedahnya, dia menerima pelbagai label yang neg@tif selepas dua tahun fizikal berat badannya semakin meningkat.

Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, yang berkongsi perkara itu menerusi hantarannya di media sosial, berkata, dia pernah dituduh mengandung, kemurungan, malah ada juga yang melabelnya sudah tidak relevan dalam industri seni gara-gara kelihatan lebih 'chubby'.

Ujar Diana lagi, dia ada menerima pelbagai saranan termasuk penggunaan ubat dan tawaran pemb£dahan bari@trik (p0tong usus) daripada doktor, namun nekad menolak semua jalan singkat tersebut.

"Kalau betul saya mak@n hati dan terg@nggu dengan apa yang orang cakap, secara jujurnya saya dah lama kurus. Cara ada. Pilihan pun banyak.

"Ramai syorkan saya untuk cuba ubat Oz£mpic, ada doktor siap tawarkan saya untuk buat bari@tik, tapi saya tolak sebab sebagai seorang 'diva' yang bertauliah, saya tak akan menggunakan jalan pintas," tuturnya.

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, berat badannya naik adalah disebabkan gaya hidupnya dan sikap yang tidak suka bersenam.

"Kenapa? Sebab saya tahu, ini adalah isu gaya hidup. Saya suka makan. Dan ya, saya memang tak suka bersenam. Jadi, kalau saya tak ubah cara saya ni, sama juga!" ujarnya.

Sementara itu, jelas Diana, filemnya yang terbaharu memerlukan dia menurunkan berat badan dan ia satu-satunya sebab dia akur untuk menurunkan berat badan.

"Sekarang ini, satu-satunya sebab ialah, saya akur kerana ada filem baharu yang akan datang memerlukan saya untuk turunkan berat badan. Nama pun tanggungjawab. Lagipun, badan berat-berat ini s@kit lutut!" tuturnya.

Sebelum ini, Diana membuat beberapa hantaran video dan gambar yang menunjukkan dia bercuti bersama anak-anaknya, Muhammad, 13, dan Nur Aurora, 11, di Maldives.

Meninjau ke dalam ruangan komen pula, ada segelintir netizen yang mahukan Diana lebih kurus, malah ada juga yang suka melihat pelakon itu kelihatan lebih berisi seperti sekarang.

"Berisi dia tanda bahagia."

"Satu perkara yang saya boleh cakap, itulah kebahagiaan," antara komen yang ditulis netizen.


KLIK DISINI UNTUK FOTO LAIN

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: