"Saya ada satu impian besar. Sebelum ini hanya impian saya tetapi sekarang ini sudah jadi impian bersama. Impian saya nak bina sebuah sekolah.
"Saya banyak kali dah cerita dengan awak (Erra). Disebabkan itu saya meniaga. Ramai orang ingat kita nak meniaga sebab nak kaya. Saya meniaga ada niat untuk sasaran sendiri. Itulah impian saya sebenarnya."
Demikian jelas suami kepada pelakon dan penyanyi Erra Fazira iaitu usahawan Ezwan Zain, 45, dimana dia berkongsi impian besarnya untuk membina sebuah sekolah khas bagi pelajar keluarga miskin.
Ezwan yang berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual pr0gram audio siar Kasi Onz, berkata, tujuan dia terjun ke dunia perniagaan bukan semata-mata untuk mengejar kekayaan, sebaliknya demi merealisasikan matlamat peribadi yang lebih bermakna.
Maklum Ezwan lagi, sekolah yang diimpikan itu adalah khusus untuk anak-anak daripada keluarga miskin tegar, dimana mereka bukan sahaja berdepan kesuk@ran untuk mendapatkan pendidikan, malah turut berg£lut untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan.
Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, akui Ezwan, dia tidak mahu terlalu banyak bercerita tentang niat tersebut kerana menganggap ia sebagai satu amanah dan keikhlasan.
"Saya nak bina sebuah sekolah khusus untuk anak-anak orang miskin tegar. Bukan sekadar tak boleh pergi belajar tetapi nak makan pun sus@h.
"Kalau nak bercerita sangat pun tak best kan sebab itu niat kita. Itu sebab saya cakap ia impian bersama. Impian saya, awak (isteri) dan team KUEH (perniagaan). Saya harap semua tolong doakan kita cuba usahakan," tuturnya.
Sementara itu, Erra tampil memberi sokongan dan berdoa agar impian suaminya dipermudahkan, lebih-lebih lagi rakaman audio siar tersebut disiarkan bersempena hari lahir Ezwan yang j@tuh pada 2 Januari.
"Aamin saya doakan. Hari ini (Jumaat) pun hari jadi awak. Saya doakan semoga segala impian awak tercapai. Daripada niat nak bina sekolah, kerjaya, semoga awak dapat ketenangan awak peroleh peningkatan iman dan sebagainya," katanya.
Untuk makluman, Erra mendirikan rumah tangga dengan Ezwan atau lebih dikenali sebagai Mr E pada 12 Disember lalu selepas 11 tahun bergelar ibu tunggal.
Erra sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon dan anggota kumpulan KRU, Datuk Yusry Abdul Halim, namun mereka bercerai pada 2006 dan tidak dikurniakan cahaya mata.
Primadona itu kemudian berkahwin dengan usahawan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Engku Aleesya, 17, sebelum berpisah pada 2014.
Manakala Ezwan pula, dia sudah lapan tahun bergelar duda dan mempunyai seorang cahaya mata, Dania Sofia, 17.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment