03 January 2026

"SAYA MAHU SUMAYYAH JADI DOKTOR, ABANG (SYAIKHUL) MINAT DALAM BIDANG KEJURUTERAAN" - PUTERI SARAH MAHU UTAMAKAN PENDIDIKAN, TAK GALAK ANAK-ANAK JADI ARTIS



"Saya tidak suka terlalu mendedahkan anak-anak. Kalau sekadar muncul sedikit, seperti dalam iklan televisyen (TVC) dan tidak kerap, itu masih boleh diterima.
"Namun, jika terlalu terdedah saya rasa kurang selesa. Saya pula memang setiap hari membuat siaran langsung, jadi kalau anak-anak muncul sekejap untuk ucap 'hai' itu tidak mengapa.

"Cuma jika terlalu kerap dan berlebihan, saya tidak suka," itulah kata pelakon Puteri Sarah Liyana, 41, ketika menjawab soalan sesi question and answer (Q&A) daripada netizen menerusi media sosial miliknya.

Dalam sesi Q&A itu, seorang netizen bertanya sama ada Sarah terbuka sekiranya Syaikhul dan Sumayyah mengikut jejak langkahnya sebagai artis pada masa hadapan.

Klik untuk gambar besar
Menjawab pertanyaan tersebut, Sarah memilih untuk tidak terlalu mendedahkan kehidupan dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah kepada umum, meskipun mereka sering menjadi perhatian netizen.

Ini kerana jelas Sarah, dia lebih selesa sekiranya anak-anaknya itu tidak kerap muncul di media sosial atau terlibat secara aktif dalam dunia hiburan.

Malah ujarnya lagi, dia lebih mengutamakan aspek pendidikan, selain turut berkongsi cita-cita anak-anaknya ketika ini.
"Bagi saya, pendidikan anak-anak sangat penting. Kalau boleh, saya mahu Sumayyah menjadi doktor, manakala abang minat dalam bidang kejuruteraan," tuturnya.

Untuk makluman, Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014, namun mereka sah bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.

Hasil perkahwinan itu, Sarah dan Syamsul dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 9, dan Sumayyah, 7 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: