"Tahun baru 2026 saya ada Thr£ads. Puncanya? Disebabkan tertengok thr£ads dekat Instagram yang menyatakan juara AF2 itu Adam. Sedih saya diperlakukan sebegini, selamat tahun baru semua."
Demikian kata penyanyi Zahid Baharudin, 46, dimana maklumnya, dia tampil membuka akaun Thr£ads bagi meluahkan rasa sedihnya selepas seorang netizen tersil@p fakta apabila menyebut nama juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2).
Jelas Zahid atau nama sebenarnya, Ahmad Zahid Baharudin, dia terk£jut selepas melihat satu perbincangan di media sosial yang menyenaraikan juara-juara Akademi Fantasia.
Dalam perkongsian itu, nama Zahid tidak tersenarai sebagai pemenang AF2, sebaliknya individu tersebut menulis nama Adam sebagai juara musim tersebut.
Klik untuk gambar besar
Disebabkan kesil@pan tersebut, Zahid secara bergurau telah mengimbau kenangan lama apabila pernah membelanja roti canai selepas memenangi AF2 pada tahun 2004.
"Eh korang ni lebih-lebih eh? Aku tak halalkan roti canai aku belanja 21 tahun lepas. Gurau-gurau," ujarnya yang berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Thr£ads miliknya.
Sebelum ini, seorang pengguna Thr£ads menyenaraikan kesemua juara pr0gram Akademi Fantasia daripada musim pertama hingga musim kesembilan.
Namun, individu tersebut tersil@p fakta apabila menyatakan Adam sebagai juara AF2, sedangkan penyanyi tersebut hanya menduduki tempat ketiga dalam pertandingan berkenaan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment