"Saya bersetuju dengan kenyataan Fad Bocey. Pernah nampak ke kami berada di kaca TV? Tak ada. Dah lama dah tak ada. Mungkin ada segelintir yang muncul sikit-sikit, tapi secara keseluruhannya kami memang dah lama tak keluar TV. Sebab itu apa yang Fad cakap tu kadang-kadang betul."
Demikian ujar pelawak Azlee Senario, 58, dimana dia bersetuju dengan kenyataan Fad Bocey berkenaan golongan pelawak kini semakin suram kerana kurang tawaran persembahan.
Dalam pada itu, Azlee menganggap rezeki setiap individu berbeza serta percaya masih ada peluang lain di luar industri televisyen, namun dia berharap pr0duksi serta stesen televisyen turut memberi ruang dan peluang kepada pelawak-pelawak tanah air kerana kebanyakan mereka kini sudah lama tidak muncul di kaca televisyen.
"Bagi saya, banyak lagi rezeki lain. Insya-Allah. Tapi kalau boleh, production di luar sana atau stesen TV pandang-pandanglah pelawak ni. Pelawak ni berbeza dengan yang lain. Pelawak adalah antara yang paling susah kerana tugas kami untuk menghiburkan orang," tuturnya.
Klik untuk gambar besar
"Tidak ada ke cerita yang ada unsur komedi yang boleh panggil kami? Tapi perkara itu bergantung kepada pihak produksi. Mereka yang tentukan jalan cerita dan skripnya sama ada sesuai atau tidak untuk pelawak," ulasnya.
Disamping itu, Azlee turut menitipkan nasihat kepada rakan-rakan pelawak untuk tidak bergantung kepada stesen televisyen semata-mata, sebaliknya perlu lebih kreatif dalam mencari peluang dan merebut apa saja peluang untuk mencari pendapatan.
"Kita kena kreatif. Kita kena pandai cipta peluang di luar sana kalau tak ada peluang di dalam. Kepada rakan-rakan pelawak di luar sana, kita sama-sama anak seni.
"Rebutlah peluang-peluang yang ada, buat apa sahaja yang boleh mendatangkan pendapatan. Jangan bergantung kepada stesen TV sahaja," katanya.
Terdahulu, pelawak Fad Bocey atau Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, 34, mengakui dia reda dan menerima hakikat kerjaya pelawak kini semakin suram berbanding suatu masa dahulu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment