13 January 2026

"TOLONG JANGAN KEC4M DIA (UQASHA)" - KAMAL ADLI HARAP PERCERAIAN INI TIDAK JADI HALANGAN UNTUKNYA BERTEMU ANAK



"Saya harap selepas ini saya boleh lebih senang untuk berjumpa dengan Hawra. Sebelum ini memang agak susah untuk jumpa dia. Sebenarnya sudah lama saya tak luangkan masa dengan Hawra.

"Dalam tempoh tiga bulan kebelakangan ini, saya rasa hanya sempat berjumpa dengan Hawra sekitar lima kali sahaja. Jadi saya harap selepas ini semuanya dipermudahkan untuk jumpa dan meluangkan masa dengan anak.

Itulah kata pelakon Kamal Adli, 40, dimana t£gasnya, dia hanya mempunyai satu permintaan selepas bercerai dengan pelakon Uqasha Senrose iaitu mendapat lebih banyak peluang berjumpa dan meluangkan masa bersama anak perempuannya, Hawra Uqaira.

Jelas Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Adli, sebelum ini dia berdepan kesukaran untuk bertemu anaknya itu sehinggakan hubungan mereka agak terbatas, malah sepanjang tempoh tiga bulan kebelakangan ini, dia hanya sempat bertemu Hawra sebanyak lima kali sahaja.

Sementara itu, mengulas mengenai hubungannya dengan Uqasha selepas berpisah, Kamal berkata, dia tidak pasti bagaimana serta mengakui keadaan masih canggung dan masing-masing membawa haluan sendiri.

Kamal bagaimanapun berharap ianya tidak menjadi halangan untuk dia bertemu Hawra kerana keutamaannya kini hanyalah anak perempuannya.

Klik untuk gambar besar

"Saya tak tahu (boleh jadi sahabat atau tidak). Saya nak salam dia pun tak dapat tadi. Dia macam terus berp£cah (bawa haluan) macam itu saja. Saya tunggu juga kat situ tapi tak apalah.

"Cuma itulah saya cakap, jangan susahkan saya untuk nak jumpa dengan Hawra sebab saya ada dia saja sekarang," tuturnya

Disamping itu, Kamal turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang tidak putus-putus mendoakannya sejak awal kem£lut rumah tangga mereka.

Kamal dalam masa sama juga meminta agar tiada pihak mengeluarkan komen neg@tif terhadap Uqasha dan anak mereka.

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan saya daripada awal. Cuma saya nak pesan, tolong jangan tulis komen yang buruk mengenai Uqasha. Tolong jangan kec@m dia.
"Saya sudah cuba yang terbaik. Daripada awal lagi saya cuba mempertahankan rumah tangga kami, tetapi jika Allah sudah tetapkan sampai di sini, saya terima," ujarnya.

Terdahulu, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada pukul 12.56 tengah hari Isnin.

Mahkamah turut memerintahkan Uqasha menjalani tempoh idah selama tiga kali suci bermula dari tarikh lafaz talak dibuat serta mendaftarkan perceraian mereka.

Terdahulu, Uqasha memfailkan permohonan perceraian terhadap Kamal pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman.

Untuk makluman, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang selepas lima bulan bertunang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang dilahirkan pada 27 April 2024.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: