"Happy birthday my special man. Dad (panggilan Johnson), aku ingin bercerita. Aku tidak tahu bagaimana hidupku jika aku tidak berkahwin denganmu. Aku juga tidak tahu apa yang akan jadi pada diriku sekarang sekiranya tidak mempunyai kamu di sisi.
"Kadang-kadang aku terfikir, amalan apakah yang aku lakukan sehingga Allah menghadiahkan aku seorang suami sepertimu. Aku rasa tiada hadiah di dunia ini yang mampu membalas semua pengorbananmu sepanjang kita bersama.
"Selama 11 tahun ini, kamu sanggup berkorban berjauhan dengan keluarga demi aku. Kamu menyayangi anak-anakku walaupun mereka bukan dar@h dagingmu. Junior (panggilan anak bongsu) mendapat layanan yang sama seperti tiga anak yang lain, tidak pernah sekalipun kamu membeza-bezakan mereka."
Klik untuk gambar besar
Demikian antara tulis pelawak Vicha Saywho, 38, menerusi media sosial, dimana dia berkongsi luahan kata-kata manis, selain meluahkan rasa syukur sempena sambutan ulang tahun kelahiran suami tercintanya, Johnson.
Dalam perkongsian itu yang turut disertakan beberapa keping gambar romantis mereka berdua, Vicha atau nama sebenarnya, Refika Novianti Faturohman, berkata, perkahwinan bersama Johnson merupakan satu anugerah kerana dia mendapat kasih sayang sepenuhnya sepanjang mereka bersama.
Vicha dalam masa sama turut meluahkan penghargaan atas pengorbanan Johnson yang sentiasa menyayangi anak kandung mereka, selain tiga cahaya matanya hasil perkahwinan terdahulu, selain sempat menitip doa buat suaminya itu, serta mengharapkan keluarga mereka terus bahagia.
Untuk makluman, Vicha dan Johnson yang merupakan lelaki asal Nigeria itu bernikah pada Ogos 2018 di Kuala Lumpur dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Michael Taylor Ayomide yang kini berusia enam tahun.
Vicha sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai tiga cahaya mata perempuan iaitu Aurel Angelina Kheyza, Listy Arun Tresnasih dan Michelle Averina Chalista.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment