"Patut la sayu je hari ini. Al-Fatihah abang tersayang. Moga sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan rahmat-Nya.
"14 tahun telah berlalu sejak pemergian arwah abang. Kenangan tetap abadi, doa tidak pernah berhenti.
"Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.. amin."
Itulah tulis penyanyi dan pengacara, Aril Pilus menerusi media sosial, dimana dia berkongsi perasaan kerinduan dan ingatan terhadap abangnya, Allahyarham Izwan Pilus yang tidak pernah padam meskipun genap 14 tahun pemergiannya hari ini.
Klik untuk gambar besar
Untuk makluman, Izwan yang popular dengan lagu 'Kembali Senyum' itu meninggal dunia pada 20 Januari 2012 akib@t jangk1tan kum@n dalam dar@h dan k£ncing tikus.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir selepas beberapa jam dimasukkan ke wad di Hospital Ampang, Selangor.
Dalam pada itu, netizen turut sama berkongsi kesedihan yang dilalui oleh Aril dan mengakui amat meminati Izwan menerusi lagu 'Kembali Senyum' dan 'Indah Lelapku', selain menghadiahkan Al-Fatihah buat Allahyarham.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!







No comments:
Post a Comment