22 January 2026

LINDA HASHIM : "DIA SUDAH TIDAK LAYAK PEGANG PERANAN SEBAGAI KHALIFAH" - BEEGO : "SAL4H KE SAYA PERSOALKAN BENDA TU (MINTA IZIN TUNAI UMRAH)"



"Perlu ke saya minta izin suami macam dia? Saya dah bertanya ustaz dan ustazah. Mereka kata, Linda pergilah, kau perlu taat kepada Allah.

"Apabila suami memudaratkan, tak memberi nafkah, dia sudah tidak layak memegang peranan sebagai khalifah. Saya pergi untuk beribadah, bukan untuk berseronok."

Demikian kata pelakon Linda Hashim, dimana dia berpendapat tiada keperluan untuk dia meminta izin daripada suaminya yang juga pelakon, Beego untuk menunaikan ibadah umrah pada Disember lalu.

Jelas Linda, dia ke sana untuk beribadah, malah sudah mendapatkan pandangan agamawan yang menyifatkan keizinan suami tidak lagi relevan sekiranya tanggungjawab sebagai ketua keluarga gagal ditunaikan.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Linda berkata, sejak awal lagi Beego tahu mengenai hasratnya untuk menunaikan ibadah umrah, selain turut mendakwa pasport miliknya dan anak-anak pernah disimpan sehingga memaksanya membuat laporan polis serta memohon dokumen baru.

"Dia tahu saya nak pergi. Passport kami sekeluarga pernah diambil. Bila minta semula, hanya passport anak dipulangkan. Pasport saya tiada.

"Akhirnya terpaksa buat passport baru Ogos tahun lalu. Anak sendiri beritahu, 'Mummy nak pergi umrah nanti kan?' Jadi mustahil dia tidak tahu," jelasnya.

Tutur Linda lagi, apa yang membuatkan dia tergur1s hati bila suaminya mendakwa dia menunaikan umrah bukan atas jemputan Allah sebaliknya sekadar ihsan penaja.
"Saya diberitahu kononnya saya pergi atas ehsan orang, bukan kerana Allah jemput. Saya s£ram dengar ayat itu. Masya-Allah, berani sungguh cakap begitu.

"Walaupun atas ehsan orang, itu tetap rezeki. Namun hakikatnya, setiap orang menjejakkan kaki ke sana hanya kerana jemputan Allah. Tak kira siapa," ujarnya.

Sementara itu, Beego meluahkan rasa kec£wa isterinya tidak meminta izin sebelum menunaikan ibadah umrah pada Disember lalu.

Malah katanya, mesej yang dihantar kepada Linda kerana mahu mengingatkan mengenai statusnya yang masih isterinya.
"Saya tak mar@h pun. Sebagai suami bila isteri nak pergi umrah, saya reda saja. Cuma saya cakaplah sebab dia masih berstatus isteri saya.

"Dia tak ada pun minta izin. Tiada apa pun, biasalah nak manja-manja sikit. Itu daripada pihak saya. Kalau dia nak terasa terpulanglah. Saya bukan jenis yang muat naik semua benda.

"Saya memang tak ada niat lain. Sekurangnya cukuplah dengan ayat 'Assalamualaikum, saya nak minta izin pergi umrah', itu sahaja," ulasnya yang turut berkata, Linda masih isterinya yang sah di sisi undang-undang, meskipun dia yang memfailkan cerai.

"Saya nak persoalkan status saya sebagai suami. Ada isteri yang pergi mahkamah dan masih isteri sah tapi tak minta izin. Sal@h ke saya pers0alkan benda tu?," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: