06 January 2026

KONGSI PENGALAMAN SOLAT TEPI MESIN ATM - RITA RUDAINI TETAP PASTIKAN ANAK-ANAK TUNAI RUKUN ISLAM KEDUA



"Perjalanan hari ini (semalam) dua jam setengah, singgah R&R nak solat Subuh tapi sini tak ada surau. Jadi Mommy cari port yang sesuai, dekat tepi mesin ATM 😂.

"Masa Mommy tengah solat, kedai di depan mula beroperasi. Orang-orang sini senyum saja, tak mar@h dan tak ada pandang sin1s. Begitulah adab, tak kira apa pun agama, kita kena jadi baik kepada semua orang 🤍."

Itulah tulis pelakon Rita Rudaini, 50, menerusi media sosial, dimana dia berkongsi momen anak-anaknya menunaikan solat di hadapan mesin pengeluaran automatik (ATM) ketika bercuti di London, England.

Dalam perkongsian itu, Rita atau nama penuhnya, Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, memberitahu, mereka sekeluarga singgah di sebuah kawasan rehat dan rawat (R&R) untuk menunaikan solat Subuh selepas men£mpuh perjalanan agak panjang kira-kira dua jam setengah.

Rita bagaimanapun berkata, kawasan berkenaan tidak menyediakan surau menyebabkan dia dan anak-anaknya itu terpaksa menunaikan solat di ruang terbuka.

Klik untuk gambar besar

Namun begitu, tuturnya lagi, mereka tidak menerima sebarang pandangan neg@tif daripada orang sekeliling sepanjang mereka menunaikan solat di kawasan tersebut, sebaliknya disambut dengan senyuman mesra.

Perkongsian Rita itu menerima reaksi p0sitif daripada netizen yang memuji sikap pelakon itu dalam mendidik anak-anak serta mengutamakan agama walaupun berada di luar negara.

"Bagus didikan Rita, solat tiang agama dan utamakan solat dalam apa juga situasi. Impian setiap ibu."

"Ibu yang terbaik jaga warisnya dan keturunan," antara komen-komen ditulis netizen.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: