"Itu tidak benar (pandang status dan harta). Sebelum dengan Nedim lagipun, saya sara kehidupan saya sendiri dan keluarga. Itu semua tuduhan tidak berasas.
"Saya memang cari duit sendiri. Saya bukan jenis yang bermewah-mewahan. Saya kenal dia bukan sebab harta, keluarga pun merestui hubungan ini."
Demikian jelas pelakon Nadia Brian, dimana dia menafikan dakwaan kononnya status serta duit menjadi penyebab dia menjalinkan hubungan cinta dengan usahawan Nedim Nazri.
Klik untuk gambar besar
Bukan itu sahaja, malah Nadia juga memuji Nedim seorang lelaki yang penyayang dan penyabar sejak mula berkenalan penghujung tahun lalu dan serasi ketika pertemuan pertama.
"Penghujung 2025 kami berkenalan, Alhamdulillah macam serasi. Syukur macam saya dan Nedim masa pertama kali jumpa macam 'click', makin lama macam okay dan tak ada apa nak disorokkan.
"Sudah tentu kami berdua nak doa orang ramai. Nedim seorang yang sangat penyayang. Dia suka bagi 'love', ayah yang penyayang dan penyabar, doa yang baik-baik," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment