"T@kut juga sebenarnya nak jadi mutawifah. Tapi saya dah pergi belajar pengurusan haji dan umrah yang disertai dua tahun lalu untuk dapatkan sijil, kiranya yang ini kita anggap praktikal."
Itulah kata pelakon Wan Sharmila, dimana dia kini dalam proses mempersiapkan diri sebagai seorang mutawifah selepas memiliki sijil-sijil mengikuti kursus pengurusan haji dan umrah dua tahun lalu.
Kongsi Wan Sharmila, dia belum ada keberanian dan masih banyak untuk dipelajari, meskipun mendapat tawaran untuk menjadi mutawifah dari beberapa syarikat agensi pelancongan untuk membawa jemaah.
Klik untuk gambar besar
"Jadi, saya masih dalam perjalanan membuat latihan praktikal untuk mempersiap diri sebagai mutawifah kira-kira setahun atau lebih sebab masih banyak yang saya perlu pelajari lagi," jelasnya.
Tambahnya lagi, tugas mutawifah bukan sekadar membawa jemaah tetapi perlu menyantuni mereka serta tahu persoalan agama dan hukum hakam.
"Sebagai mutawifah, kita bukan sekadar bawa jemaah. Kalau bawa jemaah sahaja itu mungkin namanya group leader (ketua pasukan). Tapi yang ini mutawifah, saya kena menyantuni jemaah serta tahu juga hukum hakam, sirah Nabi dan merangkumi semua.
"Apapun, kiranya saya ini sekarang adalah intern (pelatih). Kita tengok dan kita belajar macam itu," tuturnya.
Dalam pada itu, mengenai tawaran berlakon pula, Wan Sharmila menjelaskan, dia yang sudah dua tahun tidak berlakon, ada menerima tawaran namun kebanyakannya kurang sesuai, namun begitu, dia bersyukur diberi peluang untuk menjadi mutawifah.
"Tetapi, cabang rezeki daripada Allah sangat banyak dan saya bersyukur kini diberi peluang untuk menjadi mutawifah. Walaupun cabarannya besar dan tidak mudah, namun saya kena mencuba.
"Kehidupan perlu diteruskan dan Allah sudah menarik saya hingga ke sini. Ini dunia baharu yang realiti dan membawa saya keluar daripada zon lakonan dengan aktiviti penggambaran seperti dulu-dulu," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment